Kawasan Acap Hilang Jumpa Tulang, Milik Siapa?
Kawasan Acap hilang di Gua Kandu dilaporkan ada penemuan tulang betis yang tidak diketahui milik manusia atau haiwan.
Tulang tersebut dilaporkan tulang lama, kemungkinan bukan tulang Acap atau dengan penemuan tersebut dapat merungkai misteri lan pula.
Tulang tersebut akan dianalisis dan jika disahkan ia adalah tulang manusia, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dijalankan untuk memadankannya dengan DNA Mohammad Ashraf dan ahli keluarganya.
Jumpa Tulang Di Kawasan Acap Hilang?
Berita penuh penemuan tulang di kawasan kehilangan Acap boleh baca Di Sini.
Dengan penemuan tulang tersebut, kita berdoa ianya bukan tulang Acap. Semoga beliau masih selamat dan bernyawa, seterusnya dapat pulang ke pangkuan keluarga.
Setakat ini, kawasan dikenalpasti Acap hilang telah digeledah dalam operasi besar-besaran mencari Acap baru-baru ini oleh 170 orang anggota pihak berkuasa pelbagai agensi namun masih gagal menemui sebarang bukti kehilangan Acap.
Mesti Baca: Boleh Ke Manusia Masuk Alam Bunian?
Misteri sungguh kehilangan Acap. Tiada sebarang bukti ditinggalkan, hilang tanpa jejak. Ke mana beliau pergi?
Selagi Acap tidak dijumpai selagi itu teori kehilangan beliau akan menjadi buah mulut.
Kita telah dengar macam-macam teori di antaranya disorok Bunian, jatuh di tempat yang sukar ditemui dan Acap sengaja menghilangkan diri.
Kita berdoa misteri kehilangan Acap akan berakhir tidak lama lagi seterusnya menghentikan pelbagai teori yang sesetengahnya tidak masuk akal.
Kita juga berharap tulang yang dijumpai di kawasan Acap hilang bukan milik beliau. Keputusan ujian tulang tersebut milik manusia atau haiwan diketahui sebulan atau dua bulan lagi. Bersabar……