Kebakaran Besar Israel Mula Padam
Kebakaran besar Israel yang menjadi viral di laman sosial melalui video dan gambar sudah mula padam perlahan-lahan.
Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran yang melanda Israel yang memaksa berpuluh-puluh ribu orang meninggalkan rumah dan menyaksikan lebih 20 orang ditahan setakat ini.
Pesawat pemadam kebakaran dari Israel dan beberapa negara menghulurkan bantuan iaitu Rusia, Turki, Greece, Perancis, Sepanyol serta Kanada turut membantu menyiram bertan-tan air untuk mengawal kebakaran besar Israel daripada terus merebak.
Menariknya, “seteru” Israel, Palestin turut menyertai usaha memadam api dengan menghantar 41 orang anggota bomba bersama lapan jentera.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan penghargaan kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas kerana membantu negara itu mengawal kebakaran besar Israel.
Baca Juga: Zakir Naik Dapat Kerakyatan Malaysia?
Pihak berkuasa Israel mengesyaki kebakaran berpunca daripada konflik Israel-Palestin dan polis Israel setakat ini telah menahan 23 orang suspek yang disyaki dan menyoal siasat tujuh yang lain berhubung insiden ini.
Untuk rekod, lebih 404 hektar tanah di utara Israel musnah dalam kebakaran tersebut dan cuaca kering serta berangin menjadi punca kebakaran tersebut merebak dengan pantas.
Kejadian kebakaran besar Israel memang mengejutkan dunia kerana gambar dan video yang viral di internet melalui laman sosial kelihatan amat dahsyat.
Malah, ada laporan mengatakan dunia Arab bersorak gembira melihat api yang besar menjilat bumi Israel sebagai balasan kepada kekejaman mereka terhadap penduduk Palestin.
Menariknya, Palestin juga turut membantu memadam kebakaran besar Israel ini. Pada pandangan admin, ini dilihat sebagai memulangkan paku buah keras terhadap keangkuhan Israel selama ini.