Menu

Mudarat Kencing Berdiri Bagi Lelaki

Kencing berdiri biasa dikaitkan dengan kaum lelaki. Ramai lelaki yang biasa kencing berdiri kerana lebih mudah dan tidak perlu menanggalkan seluar tetapi awas! ada mudarat kencing berdiri.

Kajian pengamal perubatan di Ayurveda Medical menjelaskan bahawa membuang air kecil secara berdiri adalah amalan tidak baik kerana boleh menjejaskan kesihatan lelaki.

Mudarat Kencing Berdiri Bagi Lelaki

Mudarat Kencing Berdiri Bagi Lelaki

Kencing Berdiri Tak Bersih

Membuang air kecil dalam posisi berdiri boleh meningkatkan halaju air kencing yang ketara.

Ini menyebabkan individu yang kencing berdiri mudah terkena percikan air kencing yang akan mengotorkan tubuh dan pakaian. Malah, tandas turut kotor dengan percikan air kencing berkenaan.

Mangkuk Kencing Berdiri Tiada Air Untuk Membasuh Kemaluan

Daripada sudut kesihatan, kebanyakan mangkuk kencing tidak dilengkapi dengan punca air untuk tujuan mencuci kemaluan menyebabkan ramai tidak atau jarang mencuci kemaluan dengan bersih selepas membuang air kecil secara berdiri.

Kemaluan yang tidak dicuci dengan bersih akan meningkatkan risiko jangkitan di kawasan kemaluan seperti kandidiasis (jangkitan fungus) dan balanitis (jangkitan pada bahagian kepala zakar).

Kencing Duduk Atau Mencangkung Paling Sesuai Bagi Lelaki

Pada posisi ini, kedua-dua tapak kaki mencecah lantai, badan membongkok sedikit ke hadapan dan lutut dalam keadaan bengkok.

Selain itu, dalam posisi ini, otot bahagian bawah abdomen, otot pelvis dan otot belakang badan berada dalam keadaan rehat yang maksimum.

Kajian juga mendapati lelaki yang membuang air kecil secara mencangkung dapat mengosongkan pundi kencing mereka sepenuhnya.

Manakala membuang air dalam keadaan berdiri, otot pelvis berada dalam keadaan tegang dan ia menyukarkan air kencing keluar sepenuhnya.

Mesti Baca: Awas! 7 Jenis Makanan Panas Semula Jadi Racun

mudarat kencing berdiri

Tiada Bukti Jelas Kencing Duduk Lebih Baik Tetapi…..

Bagi pesakit yang mengalami masalah saluran kencing yang lebih rendah (LUTS) seperti pembengkakan kelenjar prostat, membuang air kecil dalam posisi duduk terbukti lebih baik daripada berdiri.

Ini kerana, pada posisi duduk, otot-otot pelvis berada dalam keadaan rehat yang memudahkan pengeluaran air kencing dan sisa air kencing tidak tertinggal dalam pundi kencing.

Air kencing yang tertinggal dalam pundi kencing akan meningkatkan risiko mendapat jangkitan pundi kencing dan masalah batu karang bagi pesakit LUTS. Itulah risiko dan mudarat kencing berdiri bagi mereka yang memang bermasalah.

Daripada sudut agama Islam pula memang digalakkan kencing duduk atau mencangkung bagi lelaki kerana aspek kebersihan.

Sumber Artikel

Leave a Reply

error: Content is protected !!