Kedah Negeri Tertinggi Tolak Vaksin
Sejak akhir-akhir ini isu tolak vaksin menjadi perbualan hangat sama ada dalam media sosial atau media arus perdana. Sebenarnya, isu ibu bapa menolak vaksin untuk anak mereka sudah lama berlaku tetapi kembali menjadi perbualan hangat dengan kewujudan media sosial.
Mengapa ibu bapa tolak vaksin? banyak alasan dikemukakan tetapi paling popular ibu bapa tersebut mengesyaki kandungan vaksin terdiri daripada bahan terlarang atau haram menurut agama Islam.
Ibu bapa ada hak menolak vaksin dengan alasan mereka tersendiri tetapi pada pendapat admin jika fatwa kebangsaan telah menetapkan vaksin tidak haram mengapa harus menolak. Fikirkan daripada sudut kesihatan kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
Kedah Negeri Tertinggi Tolak Vaksin
Kedah merupakan antara negeri tertinggi yang mencatatkan kes penolakan vaksin dengan 139 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 133 kes pada tahun sebelumnya, kata Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail.
Mesti Baca: Masih Gagal Hamil? Semak 10 Tanda Kemandulan
Beliau berkata pada 2016 sebanyak 176 kes menolak vaksin dicatatkan.
“Antara alasan penolakan vaksin di Kedah adalah keraguan terhadap status vaksin sama ada halal atau haram dan keraguan terhadap kandungan vaksin tidak selamat.
“Sebab lain adalah pengaruh keluarga, mengamalkan perubatan homeopati dan bimbang dengan kesan sampingan vaksin,” katanya menerusi hantaran di laman sosial beliau semalam.
Katanya sebanyak 17 kes difteria dicatatkan di Kedah daripada 2015 hingga 2017, dengan empat kematian direkodkan.
Anda daripada golongan mana? terima atau tolak vaksin?
Agak sukar untuk memaksa ibu bapa yang menolak vaksin, itu hak mereka sebagai ibu bapa tetapi admin berpihak kepada majoriti yang menerima vaksin.
Pada pendapat admin, fatwa kebangsaan telah menetapkan vaksin tidak haram. Selain itu, mencegah lebih baik daripada mengubati.