Kedai Gunting Rambut, Dobi & Cermin Mata Antara Yang Boleh Buka Semasa PKP
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac sehingga memasuki fasa 3 sehingga 28 April 2020, banyak perkhdimatan terhenti di antaranya kedai gunting rambut. Berita baik! kerajaan membenarkan kedai gunting rambut dibuka ketika PKP fasa 3 yang bermula pada 15 April nanti.
UPDATE: Kedai gunting rambut, salon dan kedai cermin mata TIDAK dibenarkan beroperasi sepanjang PKP setelah mendapat banyak maklum balas negatif daripada masyarakat dan pakar. Sumber
Rasanya ramai yang tertunggu-tunggu berita ini termasuk admin sendiri. Maklumlah sebelum PKP, rambut memang sedia panjang tiba-tiba PKP dilaksanakan, melepas hajat menggunting rambut sehingga ketika artikel ini ditulis. Inilah yang ditunggu! terima kasih Perdana Menteri! Rambut masing-masing sudah serupa David Arumugam, Kumpulan Alleycat.
Mesti Baca: Israel Takut Tiga Perkara Angkara COVID-19

Kedai Gunting Rambut, Dobi, Cermin Mata & Yang Terlibat Wajib Mohon Beroperasi
Tetapi, walaupun kerajaan membenarkan kedai gunting dibuka semula tidak bermakna ianya selesa seperti dahulu kerana langkah ketat mesti dipatuhi oleh pemilik kedai. Terdapat peraturan dan langkah berjaga-jaga yang mesti diikuti jika tidak mahu kebenaran tersebut ditarikbalik.
Mereka bukan terus boleh beroperasi tetapi dikehendaki membuat permohonan untuk beroperasi kepada MITI bermula Isnin, 13 April 2020, dari jam 9.00 pagi menerusi laman sesawang MITI.
Kita berharap kelonggaran yang diberikan kerajaan untuk beberapa sektor membuka operasi supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan, begitu juga pelanggan.
Jangan abaikan SOP kerana dibimbangi penularan wabak COVID-19 menjadi tidak terkawal angkara kelonggaran ini dan kita terpaksa menempuh PKP yang lebih lama.