Kelayakan Piala Asia Malaysia-Korea Utara Tangguh
Perlawanan kelayakan Piala Asia Malaysia-Korea Utara yang dijadualkan pada 28 Mac ini di Pyongyang, ditangguhkan ke tarikh lain.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam kenyataan hari ini, berkata tarikh baru perlawanan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Jawatankuasa Pertandingan AFC mengambil keputusan untuk menangguhkan perlawanan itu selepas peningkatan ketegangan diplomatik antara kerajaan Korea Utara dan Malaysia,” kata AFC dalam laman sesawang rasminya, www.the-afc.com.
Penangguhan perlawanan kelayakan Piala Asia Malaysia-Korea Utara susulan hubungan diplomatik yang tegang sejak kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) pada 13 Feb yang lalu.
Berikutan itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Isnin lepas, memohon agar AFC mengubah venue perlawanan itu ke gelanggang berkecuali atas faktor keselamatan.
Mesti Baca: Ranking Harimau Malaysia Naik Satu Anak Tangga
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menyambut baik keputusan itu kerana ia dilihat sebagai langkah paling tepat demi keselamatan pemain dan pegawai pasukan.
FAM menyerahkan sepenuhnya kepada AFC untuk menentukan venue dan tarikh perlawanan kelayakan Piala Asia Malaysia-Korea Utara yang ditangguhkan itu.
Ini keputusan terbaik daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) buat masa sekarang.
Jika kita meneruskan perlawanan kelayakan Piala Asia Malaysia-Korea Utara di Pyongyang dalam situasi sekarang, admin percaya pemain Malaysia dan petugas pasukan negara terpaksa beraya di perantauan nanti 🙂