Kelebihan Bersahur, Jangan Tinggalkan.
Dalam bulan Ramadhan kita digalakkan bersahur untuk mendapat tenaga supaya mampu bertahan sehingga waktu berbuka puasa. Kelebihan bersahur kerana ianya memiliki keberkatan melalui hadis yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW bersabda (mafhumnya);
“Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam sahur itu ada berkat.”
Selain itu, amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud;
“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” Hadis riwayat an-Nasaie.
Biasakan Melewatkan Bersahur
Ini dilakukan dengan berhenti makan dan minum ketika fajar hampir terbit. Dalilnya ialah hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, daripada Nabi SAW;
“Umatku terus berada dalam kebaikan, selagi mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur.”
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, “Nabi SAW dan Zaid bin Tsabit bersahur. Apabila kedua-duanya selesai bersahur, maka Nabi SAW bangun mendirikan solat.”
Mesti Baca: Sebab Mengantuk Di Bulan Puasa
Kami bertanya kepada Anas, “Berapa lamakah masa antara kamu berdua selesai bersahur dan mendirikan solat? Jawabnya: “Sekadar 50 ayat yang dibacakan oleh lelaki.” (Kitab Fiqah Mazhab Syafie)
Mesti Baca: 5 Amalan Sunnah Bulan Ramadhan
Al-Qardhawi menjelaskan, mengakhirkan sahur termasuk juga amalan sunah, malah ia bermanfaat untuk memendekkan waktu lapar dan menahan diri daripada perkara ditegah ketika berpuasa.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 187 bermaksud;
”..dan makanlah dan minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar…”
Selain Keberkatan, Kelebihan Bersahur Juga Dapat …
Makan sahur memberikan tenaga untuk berpuasa sepanjang hari, selain keberkatan ianya juga memberikan kelebihan lain iaitu:
- Sokong kesihatan
- Metabolisme
- Kurangkan rasa lapar
- Hidratkan tubuh
- Fungsi otak yang lebih sihat
- Pertingkat kepekaan mental
- Pertingkatkan penghadaman
- Kurangkan lesu
- Bantu kekalkan otot
- Beri tenaga
Petua Bersahur Untuk Kekal Cergas Sepanjang Hari
Kita tidak akan makan dan minum sehingga waktu berbuka puasa, penting untuk mendapat tenaga yang cukup untuk bertahan. Ada beberapa petua bersahur yang boleh diamalkan iaitu:
- Minum air secukupnya
- Hadkan pengambilan garam dan kafein
- Pilih karbohidrat kompleks kerana ia lambat dihadam
- Bekalkan tenaga lebih stabil dan mampan
- Protein bantu bina dan baiki tisu badan di samping menyokong kesihatan imun badan
- Makan buahan dan sayuran yang kaya dengan serat. Ini kerana ia dapat membantu kita berasa kenyang lebih lama serta menyokong kesihatan sistem pencernaan.
Jangan tinggalkan sahur, ianya penting supaya perut tidak kosong dan kita memiliki tenaga untuk berpuasa sepanjang hari.
Banyak kelebihan bersahur selain daripada mengambil keberkatan, jadikan amalan makan sahur setiap hari dalam bulan Ramadhan untuk meraih kelebihan-kelebihan yang lain.