Menu

COVID19 – Boleh Keluarkan Duit KWSP Mulai 1 April

Berita baik buat pencarum KWSP! Anda boleh keluarkan duit KWSP Mulai 1 April 2020 ini jika terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan virus COVID19.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 1 April ini bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat.

Perdana Menteri berkata inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun.

COVID19 – Boleh Keluarkan Duit KWSP Mulai 1 April Selama 12 Bulan

Keluarkan Duit KWSP

Beliau bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi hari ini.

Mesti Baca: Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan

Katanya, inisiatif itu adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Katanya inisiatif itu akan membabitkan dana berjumlah RM40 billion.

“Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

“Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion,” katanya.

Sumber

Cara keluarkan duit KWSP akan dikemaskini selepas mendapat maklumat lengkap dan tepat dalam masa terdekat.

Cara Memohon Pengeluaran Akaun 2 KWSP – COVID 19

UPDATE! VIDEO PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP COVID19

Mudah sahaja! Permohonan pengeluaran Akaun 2 i-Lestari adalah secara ONLINE di Laman Web KWSP.

Klik disini >>

https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member

ATAU :

https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

PERHATIAN! Link ini hanya untuk pendaftaran permohonan membuka akaun Online di KWSP sahaja. BUKAN untuk pengeluaran duit KWSP.

Urusan pengeluaran tersebut hanya akan bermula 01 April 2020 setelah permohonan anda disemak dan diproses oleh KWSP untuk kelulusan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!