Menu

Kena Buang Kerja Serta Merta? Lawan Majikan Dengan Akta Kerja 1955

Apabila menghadapi masalah dalam perniagaan, banyak syarikat akan mula mengambil tindakan drastik mengecilkan saiz operasi syarikat untuk mengurangkan kos, membuang pekerja tempatan dan mengambil pekerja asing dan sebagainya. Untuk makluman, majikan TIDAK boleh buang kakitangan sesuka hati! Jika anda kena buang kerja, lawan kembali majikan dengan undang-undang pekerjaan.

Pekerja yang diberhentikan serta merta boleh menuntut hak mereka kerana semua pekerja dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265).

Anda mangsa pemberhentian serta merta? Ketahui hak anda dan bertindak!

Kena Buang Kerja Serta Merta? Lawan Majikan Dengan Akta Kerja 1955

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, berkata majikan juga tidak boleh memberhentikan pekerja tempatan untuk membolehkan pengambilan pekerja asing kerana ia jelas melanggar undang-undang.

Katanya, di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265), pekerja juga boleh menuntut haknya apabila diberhentikan oleh majikan.

“Terdapat beberapa perlindungan asas yang diberikan kepada pekerja yang diberhentikan secara tiba-tiba, antaranya, majikan hendaklah memberikan tempoh notis atau membayar gaji ganti notis mencukupi mengikut kontrak perkhidmatan, namun tidak kurang daripada yang ditetapkan di bawah seksyen 12 (2) Akta Kerja.

“Majikan juga diwajibkan membayar faedah pemberhentian kerja mengikut kontrak perkhidmatan tetapi tidak boleh kurang dari kadar yang ditetapkan dalam peraturan kerja, faedah penamatan dan henti kerja sementara 1980,” katanya.

Mesti Baca: [Awas] 3 Sektor Pekerjaan Paling Tinggi Risiko Dibuang Kerja

kena buang kerja

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) yang membangkitkan kebimbangan banyak pemberhentian pekerja oleh majikan sejak kebelakangan ini, pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya majikan mahu membuat pemberhentian, pekerja asing perlu diberhentikan terlebih dulu, sebelum pekerja tempatan.

“Di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265), seksyen 60 menetapkan tiada majikan boleh sewenang-wenangnya menamatkan perkhidmatan pekerja tempatan untuk mengambil pekerja asing.

“Maknanya kerajaan akan bela pekerja tempatan. Kalau ada pemberhentian pekerja, berhentikan dulu pekerja asing. Di bawah akta sama, kegagalan majikan mematuhi peraturan, mereka sudah melakukan kesalahan dan boleh disabitkan denda tidak lebih RM10,000,” katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, pekerja yang diberhentikan majikan boleh menuntut faedah kewangan dengan melaporkan tuntutan yang mahu dibuat di mana-mana cawangan Pejabat Tenaga Kerja – Sumber

Jika anda kena buang kerja serta merta, ambil perhatian anda DILINDUNGI UNDANG-UNDANG dan boleh menuntut hak daripada majikan.

Jangan biarkan diri dianiayai majikan.

Daftar Untuk Dapatkan Senarai Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Dan Swasta Setiap Hari

Leave a Reply

error: Content is protected !!