Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016
Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016 di sebuah hotel di Subang Jaya malam ini telah diketahui dengan penyerang kebangsaan Ahmad Hazwan Bakri yang akan bermain dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) musim 2017 merangkul dua gelaran.
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan dianjurkan setiap tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan FMLLP adalah untuk mengiktiraf pencapaian pihak yang berkepentingan dalam Liga Malaysia.
Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016
Ahmad Hazwan Bakri yang bermain cemerlang sepanjang musim Liga Super 2016 dan peringkat antarabangsa membolot dua anugerah tersebut:
- Penyerang Terbaik 2016
- Pemain Paling Bernilai 2016
Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat dengan bergaya membolot Anugerah Penjaga Gol Terbaik 2016 buat kali kelima selepas memenangi anugerah sama dari 2010 sehingga 2013.
Bekas kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim pula memenangi gelaran Pemain Tengah Terbaik 2016 untuk kali keempat selepas memenangi anugerah sama pada 2011, 2012 dan 2015.
Pasukan Kedah yang menjulang Piala Malaysia musim ini iaitu Muhammad Rizal Ghazali dan Tan Cheng Hoe dipilih sebagai Pemain Pertahanan Terbaik dan Jurulatih Terbaik.
Bekas pemain sayap T-Team Muhd Safawi Rasid yang akan menyertai JDT pada musim depan pula dipilih sebagai Pemain Muda Harapan.
Pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri menerima penghargaan khas selepas beliau tersenarai antara tiga calon akhir untuk Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) manakala mendiang Ah Wa, yang merupakan peminat fanatik pasukan Liga Super Perak menerima anugerah penghormatan khas.
Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016
Pemain Paling Bernilai: Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)
Penyerang Terbaik: Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)
Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Pemain Pertahanan Terbaik: Muhammad Rizal Ghazali (Kedah)
Pemain Tengah Terbaik: Safiq Rahim (JDT)
Jurulatih Terbaik: Tan Cheng Hoe (Kedah)
Anugerah Fair Play – Negeri Sembilan
Pemain Wanita Terbaik – Dandree Rofinus (MISC-MIFA)
Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Super) – Fazrul Hazli Mohd Kadri (Perak, 7 gol)
Penjaring Terbanyak Import (Liga Super) – Jorge Pereyra Diaz (JDT, 18 gol)
Penjaring Terbanyak Tempatan (Liga Perdana) – Abdul Malik Mat Ariff(Kuantan FA, 10 gol)
Baca Juga: Gol Faiz Subri Tiga Senarai Akhir Anugerah Puskas
Penjaring Terbanyak Import (Liga Perdana) – Ilija Spasojevic (Melaka United, 24 gol)
Pasukan Bola Sepak Terbaik – Johor Darul Ta’zim
Kelab Penyokong Terbaik – Melaka United
Laman Media Sosial Terbaik – Johor Southern Tigers
Laman Web Terbaik – Johor Southern Tigers
Anugerah Komuniti – Subadron Aziz Football Academy dan Kindness Malaysia
Anugerah Khas Piala Presiden – Kelantan
Anugerah Khas Piala Belia – Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Bawah 17
Anugerah Khas Selamat Datang – MISC MIFA dan PKNP FC
Penghargaan Khas – Mohd Faiz Subri (Anugerah Puskas FIFA)
Penghormatan Khas – Mendiang Ah Wa
Artikel Dipetik Daripada Sinar Harian Online
Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2016!
Keputusan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016 ini membuktikan pemain, jurulatih dan penyokong mendapat pengiktirafan sewajarnya atas usaha keras mereka sepanjang musim Liga Malaysia 2016