Menu

Keputusan Anugerah Puskas 2016

Keputusan Anugerah Puskas 2016 yang akan berlangsung di Zurich akan diketahui pukul 6 petang waktu Switzerland, esok (Selasa pukul 1 pagi waktu Malaysia).

UPDATE: Faiz Subri Pemenang Anugerah Puskas 2016. Tahniah!

Keputusan Anugerah Puskas 2016

Jutaan rakyat Malaysia mendoakan Faiz Subri merangkul anugerah tersebut. Walaupun bola sepak Malaysia di pentas antarabangsa “lemau” tetapi sedikit sebanyak kemenangan Faiz Subri dalam Anugerah Puskas 2016 akan menaikkan nama Liga Malaysia di pentas dunia sukan bola sepak.

Semuanya bermula 16 Februari 2016 yang mana jaringan Faiz Subri yang disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ sewaktu membantu skuad Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Keputusan Anugerah Puskas 2016

Jaringan tersebut melonjakkan nama Faiz Subri setelah video jaringan ajaibnya “viral” di laman sosial dan mendapat jutaan tontonan di YouTube seterusnya meletakkan Gol Faiz Subri Tiga Senarai Akhir Anugerah Puskas 2016.

Pastinya rakyat Malaysia tidak sabar menantikan keputusan anugerah Puskas 2016 yang mana Mohd. Faiz Subri akan bersaing dengan dua lagi pencabar iaitu pemain Brazil, Jonath Marlone Azevedo da Silva dan wakil tunggal wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.

Apapun, tunggu pukul 6 petang waktu Switzerland, esok (Selasa pukul 1 pagi waktu Malaysia) untuk mengetahui Keputusan Anugerah Puskas 2016.

Siaran langsung Anugerah Puskas 2016 ada di ASTRO Arena 801 bermula jam 01.30 pagi.

Tunggu update daripada Blog Carian Semasa esok 🙂

UPDATE: Faiz Subri Pemenang Anugerah Puskas 2016. Tahniah!

Leave a Reply

error: Content is protected !!