Menu

Keputusan Pemilihan UMNO 2018

Keputusan Pemilihan UMNO 2018 menjadi topik hangat pasca PRU14 yang menyaksikan negara dilanda tsunami politik apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang buat pertama kali setelah lebih 60 tahun memerintah selepas merdeka.

Selepas PRU14, UMNO sebagai parti dominan dalam Barisan Nasional diasak kiri kanan depan belakang oleh ahli parti supaya bertanggungjawab dengan kekalahan BN sehinggan menyaksikan presiden UMNO ketika itu, Datuk Sri Najib Tun Razak melepaskan jawatan. Malah, ramai juga pemimpin utama UMNO melepaskan jawatan kerana terkesan dengan kekalahan tidak dijangka BN dalam PRU14.

Keputusan Pemilihan UMNO 2018

Dalam masa yang sama, pemilihan UMNO 2018 juga akan dilaksanakan menjelang akhir bulan Jun ini. Gelombang perubahan UMNO sedang berlaku yang mana setelah sekian lama jawatan utama parti tidak dipertandingkan memperlihatkan desakan akar umbi parti yang mahu melihat kepimpinan baru dan segar bagi memulihkan UMNO menjelang PRU15 nanti.

Mesti Baca: Semak Waktu Solat Secara Online

Rakyat sedang memerhatikan bagaimana UMNO akan bangkit selepas kekalahan BN dalam PRU14. Tumpuan pastinya ke arah siapakah yang akan memimpin UMNO selepas ini.

Keputusan pemilihan UMNO 2018 bagi sayap parti seperti Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO sudah diketahui. Saingan agak sengit juga terutama bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO yang menyaksikan kiraan semula dibuat di 25 bahagian.

Keputusan Pemilihan UMNO 2018

Berikut adalah keputusan pemilihan UMNO 2018 yang telah disahkan:

Presiden: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Presiden: Datuk Seri Mohamad Hassan

Naib Presiden: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Ketua puteri: Zahida Zarik Khan
Naib ketua puteri: Nurul Amal Mohamad Fauzi

Ketua wanita: Datuk Noraini Ahmad
Naib ketua wanita: Norliza Abdul Rahim

Ketua pemuda: Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Naib ketua pemuda: Shahril Sufian Hamdan

Bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO keputusannya akan diketahui pada pemilihan parti pada 30 Jun 2018 ini.

Calon Presiden UMNO Dalam Pemilihan Parti 2018

  • Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
  • Khairy Jamaluddin Abu Bakar
  • Tengku Razaleigh Hamzah
  • Mohamed Iqbal Maricair
  • Mohd Yusof Musa @ Jamaluddin

Calon Timbalan Presiden UMNO Dalam Pemilihan Parti 2018

  • Datuk Seri Mohamad Hassan
  • Tan Sri Annuar Musa

Calon Naib Presiden UMNO Dalam Pemilihan Parti 2018

  • Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
  • Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
  • Datuk Seri Mahdzir Khalid
  • Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
  • Datuk Seri Johari Abdul Ghani
  • Datuk Seri Ahmad Said
  • Sheikh Razali Sheikh Hamad

** Keputusan Pemilihan UMNO 2018 bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden akan dikemaskini selepas pemilihan parti pada 30 Jun 2018.

Mesti Baca: Cara Semak Akaun ASTRO Paling Mudah

Keputusan Pemilihan UMNO 2018 terutama jawatan utama parti akan menentukan masa depan UMNO bagi meraih semula sokongan rakyat terutama orang Melayu menjelang PRU15 nanti.

Kita berharap UMNO akan menjadi pembangkang yang kuat di parlimen dan seterusnya memberikan saingan sengit kepada kerajaan Pakatan Harapan dalam PRU15 nanti.

Leave a Reply

error: Content is protected !!