Menu

Keputusan Piala Sumbangsih 2017 Kedah JDT

Keputusan Piala Sumbangsih 2017 di antara Kedah menentang Johor Darul Takzim ( JDT) di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos akan diketahui malam ini, 20 Januari 2017 sebagai perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2017.

Jika dilihat daripada perkembangan semasa, peluang kedua-dua pasukan adalah seimbang, tetapi kelebihan memihak kepada JDT kerana beraksi di gelanggang keramat mereka.

UPDATE: Kedah juara Piala Sumbangsih 2017 melalui penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat satu sama sehingga tamat permainan. Kedua-dua pasukan juga berkongsi satu mata untuk perlawanan pertama Liga Super 2017.

Keputusan Piala Sumbangsih 2017

Walaupun JDT membuat kejutan dengan melepaskan bekas jurulatih mereka, Mario Gomez yang telah membawa pelbagai koleksi kejayaan kepada JDT sejak dua tahun lalu tetapi dengan barisan pemain yang dimiliki mereka, JDT tetap menjadi pasukan pilihan.

Sebagai gantinya, JDT membawa masuk jurulatih JDT II, Benjamin Mora untuk mengemudi pasukan Harimau Selatan bagi musim Liga Super 2017.

Baca Juga: Senarai Pemain Pahang 2017 Dan Nombor Jersi

Sebelum itu, JDT turut melepaskan dua pemain import berharga mereka musim lalu, Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero dengan memasukkan pemain import baru iaitu Gonzalo Cabrera (Argentina), Jeronimo Barrales (Argentina) dan Brian Ferreira (Iraq/Argentina).

keputusan piala sumbangsih 2017

Kedah pula tidak membuat banyak perubahan kecuali memasukkan pemain import baru iaitu Ken Ilso Larsen dari Denmark dan pemain pertahanan, Zachary Michael dari Australia.

Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe memberitahu, pemain pasukan Kedah telah bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk memulakan perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2017 dengan menjalani latihan yang agak keras sejak sebulan lalu.

Tentu ramai yang tertunggu-tunggu perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2017 ini.

Peluang kedua-dua pasukan seimbang tetapi kelebihan JDT bermain di tempat sendiri pasti akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka.

Nantikan update daripada kami Keputusan Piala Sumbangsih 2017 malam ini.

UPDATE: Kedah juara Piala Sumbangsih 2017 melalui penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat satu sama sehingga tamat permainan. Kedua-dua pasukan juga berkongsi satu mata untuk perlawanan pertama Liga Super 2017.

Leave a Reply

error: Content is protected !!