Menu

Kerajaan Cadang Wujud Empat Wilayah Persekutuan Baru

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) mencadangkan empat Wilayah Persekutuan baru diwujudkan membabitkan Pulau Pinang, Pulau Tioman, Langkawi dan sebahagian negeri Melaka.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keempat-empat wilayah tersebut akan ditadbir terus daripada Kerajaan Pusat bagi memastikan nasib setiap kaum terbela.

“Kita akan beri seperti apa yang Labuan dapat di mana kita telah melabur lebih daripada RM5 bilion ke atas Labuan sejak diambil alih.

“Dan kita akan pastikan cara pembangunan itu adalah pembangunan untuk semua, bersifat sama-rata dan bukan untuk satu kaum sahaja seperti yang berlaku di Pulau Pinang,” katanya – Sumber

Wilayah Persekutuan Baru

Empat Wilayah Dicadangkan Sebagai Wilayah Persekutuan Baru

  • Pulau Pinang
  • Pulau Tioman
  • Langkawi
  • Sebahagian Negeri Melaka

Mesti Baca: No. Plat “Rimau” Sempena Sukan SEA 2017

Pada pandangan admin, Pulau Tioman dan Pulau Langkawi mungkin tiada masalah dijadikan wilayah persekutuan baru kerana ianya terletak dalam sebuah negeri.

Tetapi…. Pulau Pinang yang berstatus negeri malah kini ditadbir oleh Pakatan Harapan mungkin sukar untuk mendapat persetujuan.

Negeri Melaka walaupun ditadbir oleh parti pemerintah (Barisan Nasional) tetapi untuk menyerahkan sebahagian negeri mereka kepada kerajaan pusat mungkin boleh jadi sukar.

Apapun, kita tengok nanti sama ada cadangan wilayah persekutuan baru ini boleh jadi kenyataan atau tidak 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!