Menu

Kerajaan PN Tumbang, Anwar Cukup Majoriti.

Berita gempar hari ini, 23 September 2020, Presiden PKR merangkap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat sidang akhbar khas yang mana menurut beliau kerajaan PN tumbang selepas gabungan pimpinannya mendapat majoriti cukup dan kukuh untuk membentuk kerajaan baru.

Pengumuman mengejutkan menjelang hari pengundian PRN Sabah. Benarkah kerajaan Muhyiddin Yassin tumbang?

Kerajaan PN Tumbang, Anwar Cukup Majoriti.

Sebenarnya, ramai yang sangsi dengan pengumuman Anwar disebabkan rekod lampau sama seperti hari ini. Ingat peristiwa 16 September 2008, “we have the numbers”?

Bergegar negara ketika itu angkara Anwar akan mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008 tetapi akhirnya terbantut. Situasi sama yang sedang diwujudkan Anwar, apakah percubaaan kali ini berjaya?

Kerajaan PN Tumbang, Anwar Cukup Majoriti

Hari ini, 23 September 2020, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin sudah tumbang tetapi proses untuk mengesahkannya ditangguhkan sehingga mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sekarang berada di Institut Jantung Negara.

Mesti Baca: Berapa Kos Pilihan Raya Kecil?

Anwar Ibrahim Surat GIF - AnwarIbrahim Surat Kertas - Discover & Share GIFs

“Saya berjanji akan membentuk sebuah kerajaan dengan tatakelola berintegriti dan komited untuk menangani krisis yang melanda negara; menghentikan amalan rasuah dan membela nasib rakyat.

“Insya-Allah saya akan tunaikan janji saya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, aman dan adil untuk seluruh rakyatnya,” katanya.

Sejauh mana pengumuman ini boleh dipercayai? tunggu selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong nanti. Adakah peristiwa 16 September 2008 berulang atau memang benar kerajaan PN tumbang selepas hanya 7 bulan berkuasa?

Sumber

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!