Kereta Terbang Malaysia Vector Betul Boleh Terbang Ke?

Bukan niat menghina kereta terbang Malaysia Vector yang dipamerkan dalam LIMA Langkawi 2019 baru-baru ini tetapi admin ada terbaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu yang juga seorang penganalisis penerbangan, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang berkata reka bentuk pelik penutup berjaring di atas kipas yang terdapat pada model skala kecil, Vector hanya akan mengurangkan daya dan kuasa tujahan yang membolehkan kenderaan itu berada di satu ketinggian tertentu di udara.

Menurut Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, untuk kereta terbang Malaysia Vector benar-benar mahu terbang ujian serius mesti dilakukan berdasarkan model yang dipamerkan tersebut kerana penutup berjaring itu akan menyebabkan angin yang keluar di bawah dalam keadaan seragam namun, mengurangkan tujahan bagi mengangkat kenderaan berkenaan.

Kereta Terbang Malaysia Vector Betul Boleh Terbang Ke?

Menurut Menteri Besar Terengganu itu lagi sekiranya reka bentuk dan pembinaannya menepati kejuruteraan dan segala prinsip, maka ia boleh berada di udara tetapi melihat kepada reka bentuk itu perjalanannya masih jauh untuk terbang seperti biasa. Apapun, ianya bergantung kepada syarikat berkenaan yang pastinya mempunyai pakar teknikal yang berkebolehan ketika merekacipta kereta terbang Malaysia tersebut.

Mesti Baca: Kereta Terbang Malaysia Jadi Bahan Lawak

Jika ia adalah projek pelajar saya, komen awal akan diberikan terhadap reka bentuk pelik penutup berjaring di atas kipas,” kata beliau.

Sumber Artikel

Menurut kenyataan pembuat kereta terbang Malaysia Vector tersebut semasa dipamerkan, kenderaan tersebut dikuasakan oleh empat motor dan bateri lithium-ion yang membolehkan kenderaan itu terbang.

Kenderaan ini juga boleh membawa bebanan dianggarkan 150 hingga 200 kilogram dan terbang pada ketinggian kira-kira 50 meter dengan kelajuan 60 kilometer sejam dan 30 ke 90 minit masa penerbangan.

Mereka pasti telah membuat kajian teliti dalam mereka bentuk Vector tetapi selagi kita tidak melihat ianya benar-benar terbang, anggaplah ianya sebagai khayalan semata-mata.

Kita sokong usaha mereka tetapi pastikan jangan jadi bahan ketawa dunia, malah lebih malu dicemuh rakyat Malaysia sendiri.

Admin pun janggal nak panggil kereta terbang kerana rupanya tak macam kereta pun, macam drone.

Leave a Reply

error: Content is protected !!