Kereta Terbang Malaysia Jadi Bahan Lawak
Penantian rakyat Malaysia untuk melihat model kereta terbang Malaysia menjadi kenyataan selepas dipamerkan di LIMA Langkawi 2019. Namun, penantian yang mengujakan bertukar menjadi bahan ketawa dan lawak rakyat Malaysia selepas melihat model kereta terbang buatan Malaysia tersebut.
Banyak perdebatan muncul selepas melihat kereta terbang buatan Malaysia buat kali pertama. Di antaranya dengan jumlah dana penyelidikan (R&D) yang mencecah jutaan ringgit untuk membangunkan model tersebut, ini sahaja yang dipamerkan? Apa yang dikatakan prototype sebenarnya kelihatan seperti mainan kanak-kanak yang boleh dibeli di kedai serbaneka RM2?
Prototype Kereta Terbang Malaysia “Vector” dipamerkan buat pertama kali di LIMA Langkawi 2019
Prototype dalam erti kata sebenar adalah merujuk kepada sebuah produk dalam skala penuh, dan boleh berfungsi, cuma perincian-perincian akhirnya belum dimuktamadkan lagi.
Ini prototype yang dipamerkan kepada kita? itu sebabnya model kereta terbang Malaysia yang digelar ‘air mobility’ dan diberikan nama sebagai ‘Vector’ tersebut menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia.
Cuba lihat prototype buatan rakyat Malaysia yang boleh dicipta dengan bahan mudah dan murah sahaja. Boleh beli komponen di kedai Mr DIY. Tidak perlu dana jutaan ringgit untuk R&D.
Mesti Baca: Temperature Kereta Naik? Apa Nak Buat?

Kereta Terbang Malaysia Sebenarnya Drone?
Pada mulanya, kereta terbang buatan Malaysia yang dipamerkan di LIMA Langkawi 2019 digambarkan sebagai prototype tetapi selepas menerima banyak kritikan dan menjadi bahan ketawa orang ramai, perkataan prototype tersebut ditukar kepada perkataan model.
Menurut pencipta model kereta terbang tempatan tersebut, “Vector” bukanlah ‘kereta terbang yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Menurut Pengarah Kanan Perundingan dan Pembangunan Perniagaan Aerodyne Group (syarikat yang membangunkan Vector) Imtyaz Mohd Azzat, kenderaan tersebut bukanlah direka untuk menjadi sistem pengangkutan udara dari satu destinasi ke destinasi lain, sebaliknya ia adalah kenderaan berkonsep drone yang direka untuk membawa penumpang, penghantaran kargo dan tujuan pengawasan.
Wajah Tun Dr Mahathir seperti kecewa?
“Vector dikuasakan oleh empat motor dan bateri lithium-ion yang membolehkan kenderaan itu terbang. Kenderaan ini juga boleh membawa bebanan dianggarkan 150 hingga 200 kilogram dan terbang pada ketinggian kira-kira 50 meter dengan kelajuan 60 kilometer sejam dan 30 ke 90 minit masa penerbangan,” jelas Imtyaz.
Menurutnya lagi, prototaip sebenar Vector ini dijangka siap untuk terbang seawal Jun tahun ini, tetapi harganya masih belum ditentukan oleh syarikat yang berusia empat tahun dengan pengalaman dalam teknologi drone tersebut, sekiranya ia bersedia untuk memasuki pasaran tidak lama lagi.
Mesti Baca: Apa Punca Kereta Bergegar?
Melihat kepada model kereta terbang Malaysia tersebut, apakah yang ada dalam pemikiran anda? kecewa? kelakar? marah?
Apapun, kita tunggu dan lihat bulan Jun nanti untuk Vector terbang dan beroperasi buat kali pertama.
Admin pasti ketika ini rakyat Malaysia masih tidak berhenti ketawa melihat model kereta terbang buatan Malaysia tersebut yang lebih kepada bentuk drone.