Menu

Ibu Bapa! Ada 7 Kesan Buruk Anak Asyik Main Gajet

Budak-budak zaman sekarang sudah canggih. Cuba anda berikan telefon pintar atau gajet kepada mereka, dalam masa singkat mereka cekap menggunakannya walaupun baru berusia sekitar 2 tahun. Kebiasaannya, ibu bapa berfikiran senang hendak buat kerja rumah atau memandu jika anak diberi gajet kerana mereka akan duduk diam dan asyik dengan gajet tersebut tetapi di sebaliknya ada 7 kesan buruk anak asyik main gajet.

kesan buruk anak asyik main gajet

Admin sendiri pun memberikan gajet kepada anak sebab senang nak buat kerja rumah dan sebagainya tetapi sebagai ibu bapa, kita hendaklah memantau apa yang mereka buat dengan gajet tersebut dan mengawal tempoh penggunaan. Jangan biarkan mereka terlalu asyik dengan gajet tersebut.

Ibu Bapa! Ada 7 Kesan Buruk Anak Asyik Main Gajet

Tanpa disedari terdapat kesan buruk kepada kanak-kanak yang menggunakan telefon pintar dan skrin tablet belebihan. Jom kita perhatikan.

1. Halang perkembangan otak

Pasa awal tahun kelahiran, otak kanak-kanak berkembang secara berterusan. Cara yang terbaik kanak-kanak kecil belajar dengan berinteraksi dengan orang bukan melalui skren. Sewaktu menggunakan skrin kepala kanak-kanak tunduk dan tidak langsung ada perhubungan dan kontek mata dengan orang lain. Keadaan ini akan membahayakan otak yang sedang berkembang.

2. Tiada interaksi

Jika terlalu asyik menggunakan skrin akan menghalang kanak-kanak berusia 2 tahun atau 3 tahun berinteraksi dengan ibu bapa, adik beradik dan kanak-kanak lain. Secara tidak langsung menghalang perkembangan bahasa, sosial dan emosi. Hal ini juga memberi kesan kepada kanak-kanak terhadap perkembangan pandangan, empati, cara mengenali diri dan perhubungan sosial.

Mesti Baca: Cara Mudah Kawal Emosi Ibu Dan Anak

kesan buruk anak asyik main gajet

3. Tidak aktif dengan aktiviti fizikal

Manakala kanak-kanak tatih sepatutnya perlu aktif fizikalnya dan kanak-kanak ini juga perlu meneroka persekitarannya. Sebaliknya kesan buruk anak asyik main gajet, telefon pintar dan skrin tablet kanak-kanak berubah duduk diam kerana asyik dengan gajet dan mendapatkan hampir semua ransangan daripada skrin. Kesannya pergerakan fizikal kanak-kanak tidak digunakan sepenuhnya dan mengganggu perkembangan motor kanak-kanak.

4. Ganggu perkembangan anggota badan

Ransangan daripada skrin ini tidak membina perkembangan anggota tubuh menerusi permainan yang menggunakan fizikal. Oleh sebab itu American Academy of Pediatric (AAP) tidak menyarankan penggunaan skren pada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.

5. Jejas perkembangan pembelajaran

 

Penggunaan yang kerap boleh menggangu perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Malah terdapat kajian menyatakan bayi dan kanak-kanak tatih lebih baik pembelajarannya menggunakan alatan yang diboleh sentuh dan pegang berbanding dengan melihat atas skrin. Konsep penerokaan tiga dimensi adalah lebih baik daripada dua dimensi untuk menggalakkan perkembangan kognitif.

Mesti Baca: Ibu Bapa! Ada 6 Cara Rapatkan Hubungan Dengan Anak

kesan buruk anak asyik main gajet

6. Kefahaman terjejas

Selain itu, kesan buruk anak asyik main gajet boleh dilihat melalui kajian yang mendapati kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun di mana ibu bapanya membacakan buku kepada kanak-kanak peringkat umur ini dengan menggunakan buku eletronik mendapat skor rendah dalam kefahaman membaca berbanding ibu bapa yang menggunakan buku sebenar. Sebahagian besar sebab buku eletronik di skrin didapati gangguan bunyi loceng dan bunyi-bunyi lain daripada buku dalam peranti. Kanak-kanak dan ibu bapa terganggu daripada kesan bunyi yang dikeluarkan daripada memberi tumpuan sepenuhnya pada buku. Kajian lain menunjukkan kanak-kanak 2 tahun lebih cepat belajar perkataan menerusi interaktif berbanding cara pasif di skrin.

7. Kurang selera makan

Para doktor juga turut merasa bimbang jika terlalu terdedah dengan skrin boleh memberi kesan pada masa penumpuan dan kawalan selera makan. Keadaan ini terjadi ekoran terlalu lama pengunaan gajet.

Apa yang pasti, boleh dikatakan telefon pintar dan tablet telah mengambilalih semua aktiviti. Kanak-kanak yang sudah besar sepatutnya menggunakan masa yang lebih dengan aktiviti luar, membaca, menggunakan masa untuk hobi atau menggunakan imaginasi dengan permainan bebas – SUMBER

Itulah 7 kesan buruk anak asyik main gajet. Sebenarnya, gajet juga membantu proses pembelajaran anak tetapi ibu bapa perlu memantau penggunaannya supaya mereka tidak terlalu asyik dan menggunakannya ke arah tidak baik.

Leave a Reply

error: Content is protected !!