Mati Di Gunung Everest Mayat Dibiarkan?
Gunung Everest berketinggian 8,848 meter dari paras laut adalah gunung tertinggi di dunia. Ramai pendaki dari seluruh dunia mencuba nasib untuk sampai ke puncaknya namun tidak semua berjaya. Ada yang tewas di pertengahan jalan dan mati di Gunung Everest kerana kejadian salji runtuh, kecederaan akibat terjatuh, dihempap ketulan air, ribut salji dan masalah kesihatan yang disebabkan oleh cuaca ekstrim di atas gunung ini.
Terdapat banyak mayat di sepanjang jalan ke puncak Gunung Everest dari pelbagai warganegara yang berhajat menawan puncak tertinggi dunia tersebut. Pendek kata, pendaki akan terserempak dengan mayat-mayat yang bersepah dan merata-rata.
Mati Di Gunung Everest Mayat Dibiarkan?
Dengan cuaca ekstrim dan pelbagai kekangan untuk sampai ke puncak Gunung Everest, adakah pasukan penyelamat akan membawa turun mayat pendaki tersebut?
Jawapannya adalah TIDAK
Mayat-mayat para pendaki yang tewas akan dibiarkan begitu sahaja kerana proses untuk membawa turun mayat-mayat adalah sukar disebabkan oleh keadaan cuaca yang ekstrim.
Bagaimanapun masih terdapat beberapa mangsa terkorban dibawa pulang atas permintaan ahli keluarga.
Mesti Baca: Cara Semak Dan Baca Kod Tayar Kereta
Mesti Baca: Masih Gagal Hamil? Semak 10 Tanda Kemandulan
Jumlah mayat yang mati di Gunung Everest tidak terkira di puncak dan pendaki kadang kala harus melangkahi mayat-mayat untuk tiba di puncak Everest.
Tiba di ‘zon kematian’ di puncak, jika tubuh tidak mampu bertahan pasti akan membawa maut, jika bertuah, mereka akan selamat.
Antara faktor kematian seperti, kepenatan, darah beku dalam otak, terperangkap dalam salji dan terjatuh atau cedera di kepala.