Menu

Konsep Al-Rahn Atau Pajak Gadai Islam

Majoriti tahu yang konsep pajak gadai mudah saja iaitu gadai barang untuk dapatkan duit bagi mencapai matlamat mereka dan mereka akan menanggung kerugian jika gagal menebus barang gadaian dalam tempoh yang ditetapkan. Bagaimana dengan pajak gadai Islam? Adakah sama? Jom kita fahami Konsep Al-Rahn Atau Pajak Gadai Islam supaya dapat dibezakan dengan pajak gadai biasa.

Al-Rahn adalah satu bentuk institusi ekonomi yang menguruskan pertukaran kewangan mengikut sistem ekonomi islam

Institusi Al-Rahn ini membantu masyarakat yang memerlukan duit dengan memegang harta benda mereka sebagai jaminan atau gadaian. Contohnya adalah Pajak Gadai-i Ar-Rahnu Bank Rakyat

Konsep Al-Rahn Atau Pajak Gadai Islam
  • Pelanggan yang menggadaikan harta mereka dengan mengambil duit bagi tujuan tertentu tidak dikenakan bunga atau faedah tetapi dikenakan yuran keselamatan terhadap deposit barang yang disimpan.
  • Jika penggadai tak dapat langsaikan hutang mereka dalam tempoh yang ditetapkan, hartanya tidak lesap atau hilang begitu saja tetapi hartanya dilelong untuk melangsaikan hutang dan bakinya diserahkan semula kepada penggadai.

Inilah perbezaan Konsep Al-Rahn Atau Pajak Gadai Islam dengan Pajak Gadai Biasa yang mana pajak gadai biasa akan mengenakan bunga kepada penggadai dan kalau gagal tebus harta dalam masa ditetapkan hartanya akan hilang begitu saja dan penggadai tak dapat apa-apa. Duit yang diperolehi ketika gadaian dibuat jauh lebih rendah daripada nilai sebenar barangan.

Konsep Al-Rahn Atau Pajak Gadai Islam

Inilah kezaliman dalam Sistem Pajak Gadai Biasa yang ramai tak tahu. Begitulah indahnya sistem ekonomi Islam yang menjaga kepentingan masyarakat.

Konsep Al-Rahn Atau Pajak Gadai Islam menjaga kepentingan masyarakat dan tak menganiayai pelanggan. Fungsinya membantu masyarakat yang dalam kesempitan wang dan memerlukan duit segera untuk menyelesaikan masalah mereka. TIDAK ada bunga dan hanya dikenakan yuran perkhidmatan iaitu untuk tujuan keselamatan dan penyimpanan barang.

Sebab itu Sistem Pajak Gadai Islam diterima baik dan mendapat sambutan orang bukan islam setelah memahami Konsep Al-Rahn Atau Pajak Gadai Islam. Sebagai orang islam hendaklah kita menyokong sistem ekonomi islam yang terbukti menjaga kepentingan umat islam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!