Menu

Korea Utara Isytihar Duta Malaysia Persona Non Grata

Sebagai tindak balas pengisytiharan Duta Korea Utara Persona Non Grata, Diarah Tinggalkan Malaysia, hari ini Korea Utara isytihar Duta Malaysia Persona Non Grata atau orang tidak dikehendaki di negara tersebut dan diarahkan meninggalkan Pyongyang dalam masa 48 jam mulai jam 10 pagi Ahad ini.

Baca berita selanjutnya yang admin petik daripada Berita Harian Online.

Korea Utara isytihar Duta Besar Malaysia sebagai persona non grata dan perlu keluar dalam tempoh 48 jam mulai jam 10 pagi (waktu tempatan) Ahad, menurut agensi berita KCNA, hari ini.

Laporan disiarkan ketika Duta Korea Utara ke Malaysia diusir berikutan perbalahan diplomatik berhubung siasatan pembunuhan abang kepada pemimpin rejim itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Beliau menaiki penerbangan pulang menerusi Beijing – Sumber

Tindakan Korea Utara isytihar Duta Malaysia Persona Non Grata menunjukkan hubungan Kuala Lumpur-Pyongyang semakin keruh dan tidak boleh diselamatkan lagi.

Harap tidak ada apa-apa yang berlaku seterusnya kerana dunia tahu Korea Utara mempunyai senjata nuklear.

Jangan tiba-tiba Korea Utara kirim bom nuklear sudah 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!