Kos Rawatan RM1 Kekal Di Hospital Kerajaan
Sah! Kos rawatan RM1 kekal di hospital kerajaan menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya selepas surat pelaksanaan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) disebarkan melalui media sosial Facebook mengundang kritikan dan kemarahan orang ramai.
Matlamat Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) Buktikan Kos Rawatan RM1 Kekal Di Hospital Kerajaan
- Fokus FPP adalah untuk memberi peluang kepada pesakit mendapatkan rawatan pakar secara khusus selain menikmati beberapa kemudahan di wad eksekutif, kelas satu atau yang setaraf.
- FPP ditujukan kepada pesakit yang mampu untuk membayar kos perubatan tanpa subsidi kerajaan. Mereka turut dibenarkan memilih pegawai perubatan pakar selain kemudahan yang diberi bergantung kepada sumber, kepakaran dan fasiliti.
- Perlaksanaan FPP tidak akan menjejaskan perkhidmatan rawatan bersubsidi di mana bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM1 dan minimum RM30 sekiranya pesakit memasuki wad.
- FPP diperkenalkan kepada Pegawai Perubatan Pakar bagi mengurangkan penghijrahan mereka ke hospital swasta kerana faktor perbezaan gaji doktor kerajaan dan swasta yang mendorong penghijrahan doktor terbabit. Sumber
Terjawab sudah keresahan orang ramai selepas surat Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) tersebar secara meluas melalui Facebook dan Whatsapp. Orang ramai membuat andaian cas rawatan RM1 akan tamat dan pesakit perlu membayar harga rawatan hospital kerajaan tanpa subsidi lagi.
Tak ada apa perlu bimbang lagi kerana Kos Rawatan RM1 Kekal Di Hospital Kerajaan begitu juga kos memasuki wad hospital kerajaan.
Apapun, sebagai orang awam yang bertanggungjawab kita hendaklah mendapat maklumat sahih daripada sumber yang tepat sebelum menyebarkan sesuatu yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai.
Tindakan mem”viral”kan sesuatu yang belum diketahui kebenarannya adalah sikap tidak bertanggungjawab dan seharusnya dielakkan.