Menu

Kutipan GST Lebih 32 Bilion Sehingga Oktober 2016

Kutipan GST sehingga Oktober 2016 mencecah RM32.71 bilion menurut Kementerian Kewangan.

Bagi tahun 2015 daripada tarikh kuatkuasa Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 01 April 2015 sehingga 31 Oktober 2015 mencatatkan RM27.01 bilion.

Semua kutipan GST itu dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bersama-sama dengan cukai langsung dan cukai tidak langsung yang dikutip Kerajaan Persekutuan.

Kutipan GST

Seterusnya, hasil kutipan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan tersebut dikembalikan sebagai agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat, termasuk menambah baik sektor pendidikan, kesihatan, kemudahan infrastruktur serta keperluan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara. Sumber – Sinar Harian Online (21/11/2016).

Baca Juga: Bajet 2017: Tiada Kenaikan GST

Sebanyak RM32.71 bilion kutipan GST sehingga Oktober 2016 itu hendaklah digunakan sebaik-baiknya kerana banyak persoalan yang bermain di fikiran rakyat Malaysia tentang ke mana hasil kutipan cukai tersebut dibelanjakan.

Dengan kenaikan kos sara hidup, rakyat berharap kerajaan akan terus prihatin dan membela nasib rakyat golongan bawahan dan pertengahan yang terhimpit dengan situasi ekonomi semasa.

Leave a Reply

error: Content is protected !!