Menu

KWSP: Pengeluaran Kekal 55 Tahun, Akaun Emas Pengeluaran 60 Tahun

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan bahawa bermula 1 Januari 2017, Akaun Emas akan diwujudkan sebagai simpanan persaraan kedua untuk ahli berumur 55 tahun dan ke atas. Oleh itu, tiada perubahan pada Pengeluaran Umur 55 Tahun semasa.

Ramai yang beranggapan mereka tidak boleh mencarum lagi dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja selepas umuur 55 tahun. Atas sebab inilah Akaun Emas diwujudkan yang terkandung di dalam Akta KWSP 1991 sebagai langkah penambahbaikan kepada skim caruman sedia ada.

Semua caruman baru selepas umur 55 tahun akan dimasukkan secara automatik ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan selepas umur 60 tahun. Ianya untuk memastikan ahli memiliki simpanan selepas umur 60 tahun.

kwsp

Purata rakyat Malaysia yang masih bekerja selepas umur 55 tahun semakin meningkat dan kebanyakan daripada mereka akan bersara pada umur 60 tahun. Oleh itu, tambahan lima tahun simpanan dalam Akaun Emas tidak boleh disentuh sehingga mereka mencapai umur 60 tahun untuk mengeluarkannya.

Akaun Emas KWSP Untuk Caruman Selepas Umur 55 Tahun

Mungkin masih ramai yang keliru dengan sistem Akaun Emas ini sama ada akan membabitkan pengeluaran umur 55 tahun. Secara ringkasnya adalah seperti berikut:

  • Pengeluaran Umur 55 Tahun adalah kekal dan ahli berumur 55 tahun ke atas masih boleh membuat pengeluaran ke atas baki simpanan.
  • Akaun Emas tidak akan menjejaskan skim semasa di mana ahli diberi pilihan untuk membuat pengeluaran penuh atau sebahagian apabila mencapai umur 55 tahun.

Baca Juga: Belajar Akaun Cara Mudah Dengan Panduan Perakaunan

Hasil rundingan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dengan ahli merumuskan beberapa perkara penting berkaitan pengeluaran dan simpanan dalam KWSP iaitu:

  • Pengeluaran umur 55 tahun dikekalkan
  • Caruman baru dari umur 55 hingga 60 disimpan sehingga umur 60 tahun dalam Akaun Emas
  • Bayaran dividen dilanjutkan dari umur 75 ke 100 tahun

Untuk maklumat lanjut berkenaan inisiatif penambahbaikan ini, ahli boleh rujuk kepada laman mikro Penambahbaikan Skim dan Polisi KWSP melalui laman web Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-89226000.

kwsp

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak akan sesuka hati membuat polisi dan peraturan tanpa merujuk kepada ahli dan membuat kajian terlebih dahulu. Hasil rundingan dengan ahli memberikan beberapa penambahbaikan kepada polisi semasa KWSP.

Jangan dengar khabar angin yang bertujuan menjatuhkan KWSP yang sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat.

Leave a Reply

error: Content is protected !!