Laporan Terkini MH370 Buktikan Juruterbang Tak Bersalah, Dua Teori Dicadangkan…
Laporan terkini MH370 telah dikeluarkan bagi menjawab kritikan dan pertanyaan waris-waris terlibat tentang hala tuju siasatan kehilangan pesawat malang tersebut. Bukan satu tempoh yang sekejap, dalam tidak sedar sudah masuk 4 tahun MH370 menjadi misteri dunia penerbangan awam.
Apakah laporan terkini MH370 setebal 1500 muka surat itu? Adakah menjawab semua persoalan yang bermain di fikiran semua rakyat Malaysia dan dunia?
Laporan Terkini MH370 Kemukakan Dua Teori, Buktikan Juruterbang Tak Bersalah
Hasil siasatan yang dijalankan, kesimpulan penting yang dapat merungkai keresahan orang ramai adalah kehilangan MH370 bukan berpunca daripada kelemahan dan kesilapan juruterbang MH370, Zaharie Ahmad Shah. Secara tidak langsung ianya melegakan waris kapten MH370 tersebut.
Mesti Baca: Kereta Tak Boleh Start? Jangan Gelabah, Cari Punca…
Walaupun laporan terkini MH370 tidak lengkap kerana masih tidak dapat merungkai punca sebenar kehilangan MH370 tetapi sekurang-kurangnya dapat memberikan dua teori utama yang relevan untuk dikaji iaitu:
- Pesawat MH370 mengalami masalah teknikal yang amat teruk
- Paling kontroversi, pesawat MH370 dirampas. Teori ini merupakan teori yang paling kontroversi kerana bukan sahaja melibatkan perlakuan jenayah tetapi juga emosi semua yang terlibat
Ringkasan Laporan Terkini MH370
Selepas admin membaca laporan terkini MH370 yang dibentangkan oleh ketua penyiasat, Datuk Kok Soo Choon, inilah ringkasannya:
- Tindakan MH370 berpatah balik pula berkemungkinan dilakukan ketika pesawat itu berada di bawah kawalan manual bukan autopilot’ atau dalam kata lain dalam kawalan sesorang yang belum dikenalpasti
- Jika MH370 mengikut prosedur keselamatan dengan betul, kemungkinan rampasan pesawat adalah “0%”
- Siasatan terhadap juruterbang, pembantu juruterbang dan anak kapal tidak menemui bukti yang boleh disabitkan
- Suspek yang tinggal hanya 227 penumpang dari pelbagai negara
- Pesawat mungkin mengalami masalah teknikal seperti kegagalan alat perhubunganan, kehilangan isyarat navigasi dan terbakar
- Kargo yang dibawa seperti bateri ion lithium mungkin pencetus utama musibah
Mesti Baca: Gear Auto Susah Masuk? Itu Tanda Gearbox Rosak!
Kesimpulan daripada laporan terkini MH370 menjelaskan punca utama kehilangan pesawat masih tidak dapat dijawab selagi bangkai MH370 tidak ditemui. Baca Laporan Penuh
Waris MH370, rakyat Malaysia dan dunia masih menanti apakah kesudahan pesawat malang yang hilang sejak 2014.
Memang misteri sungguh, admin pun tidak dapat membayangkan bagaimana objek sebesar kapal terbang tidak ditemui serpihannya jika terhempas, malah kargo dan barangan milik penumpang pun tidak ditemui. Pendek kata, lesap begitu sahaja.
Kita harap akan ada petunjuk baru yang dapat melengkapkan siasatan dan seterusnya memberikan kita laporan terkini MH370 pada masa akan datang.