Menu

Lebih 3 Juta Belum Daftar Pengundi

Setakat hari ini, masih terdapat kira-kira 3.8 juta belum daftar pengundi walaupun layak berbuat demikian. Ini adalah satu kerugian kerana inilah masanya rakyat dapat menunjukkan kuasa mereka dalam menentukan kerajaan mana yang mereka mahu.

Cukuplah berdebat dan berbalah dalam media sosial. Bergaduh soal politik ini sampai bila pun tak akan habis. Bila sampai masanya nanti mengundilah kita dalam Plihanraya Umum Ke-14 yang dijangka boleh dibuat bila-bila masa sahaja.

Belum Daftar Pengundi

Admin sendiri pun dah malas nak ambil tahu soal politik ini tetapi apabila dapat tahu masih ada 3.8 juta orang yang layak mengundi untuk PRU14 ini masih tidak berdaftar sebagai pengundi agak terkilan juga.

Mesti Baca: PRU14: Cara Dan Semakan Daftar Pemilih

Bayangkan begini.. dengan satu undi sahaja kita dapat menentukan kerajaan sedia ada bertahan atau tumbang. Terpulang kepada anda untuk memilih kerajaan sedia ada atau memberi peluang kepada pembangkang membentuk kerajaan baru.

Tiada paksaan! anda yang menentukan masa depan negara..

Masih Ada 3.8 Juta Belum Daftar Pengundi

KUALA LUMPUR 31 Julai – Sebanyak 3.77 juta warganegara berumur 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga 31 Mac lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bagi tempoh pendaftaran dari Januari hingga Mac tahun ini, sebanyak 1,454 bantahan diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap pengundi baharu di seluruh negara.

“Berhubung isu kelayakan pemegang kad pengenalan sementara untuk mengundi, mana-mana pemegang dokumen pengenalan diri tersebut bukan merupakan warganegara.

“Oleh itu, pemegang kad pengenalan sementara tidak layak mendaftar sebagai pemilih, seterusnya tidak berhak untuk mengundi dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil,” katanya dalam jawapan bertulis ketika sidang Dewan Rakyat, hari ini. – Sumber

Mesti Baca: Anak Tidak Sah Taraf: Boleh Atau Tidak Bin/Binti Kepada Bapa?

Satu kerugian untuk 3.8 juta belum daftar pengundi tersebut kerana mereka berkemungkinan besar tidak dapat mengundi dalam PRU14 bila-bila masa sahaja daripada sekarang.

Apapun, bagi yang belum daftar mengundi cepatlah berbuat demikian mana tahu masih ada kesempatan di minit-minit terakhir ini.

Lagipun bila lagi nak daftar mengundi?

Sampai bila nak berkokok dalam media sosial sahaj betul tak?

Inilah masanya anda tentukan masa depan negara, tunjukkan kuasa anda 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!