Lebih Sejuta MyKad Hilang Dalam Tiga Tahun
Terdapat kira-kira 1.17 juta MyKad hilang dalam tempoh tiga tahun menurut rekod daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Rekod JPN menunjukkan bilangan kanda pengenalan yang hilang pada tahun lalu ialah 441,628 kes berbanding 440,854 kes pada tahun 2014. Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2016 ini pula terdapat 288,434 kad pengenalan hilang.
Cuai punca MyKad hilang
Berdasarkan statistik JPN tersebut, secara puratanya berlaku sebanyak 36,000 kehilangan MyKad berlaku setiap bulan atau 1,200 kes bagi setiap hari.
Cuai menjadi punca utama lebih sejuta kad pengenalan hilang dalam tempoh tiga tahun ini dengan 203,812 kes berbanding hanya 76,153 kes membabitkan jenayah dan 2,869 kes disebabkan bencana.
Denda kehilangan Kad Pengenalan Malaysia akibat kecuaian sendiri seperti berikut:
- Kehilangan kali pertama kekal pada kadar RM100
- Kehilangan kali kedua dinaikkan kepada RM300
- Kehilangan kali ketiga dan seterusnya RM1,000
Jagalah kad pengenalan anda sebaik-baiknya kerana bimbang ianya jatuh kepada orang yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakannya.
Jika hilang cepat buat laporan polis dan segera ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhampiran untuk mendapatkan yang baru.
Jika bencana seperti banjir berlaku pastikan dokumen penting seperti MyKad dibawa bersama-sama untuk memudahkan urusan pendaftaran penempatan banjir, agihan bantuan dan sebagainya.
Baca Juga: Kabinet Tetapkan Jumlah Denda AES RM150
Mahal giler denda mykad hilang nie.. huhu
jaga baik2 kalau sayang duit 🙂