Lelaki Menyamar Wanita Kantoi Ambil Peperiksaan
Itu dia! macam-macam kejadian di dunia. Lelaki menyamar wanita itu perkara biasa tetapi yang jadi luar biasa apabila ada lelaki yang sanggup menjadi wanita semata-mata mahu menggantikan teman wanitanya mengambil peperiksaan.
Kelakar betul..
Sanggup pakai rambut palsu dan alat mekap untuk nampak wanita tapi………
Kalau rupa dan ketinggian pun lain macam memanglah kantoi dengan pengawas peperiksaan betul tak?
Nasib baik tak kena raba dengan pengawas peperiksaan tu lagi naya 🙂
Lelaki Menyamar Wanita Ambil Peperiksaan Awek
Harare: Seorang penjaga peperiksaan menangkap seorang lelaki yang cuba menduduki peperiksaan untuk teman wanitanya.
Portal berita NAIJ.com melaporkan, lelaki itu menyamar seperti wanita dengan memakai rambut palsu dan mekap untuk memperdaya penjaga peperiksaan.
Bagaimanapun, pegawai menyedari ada sesuatu yang tidak kena lalu memanggil lelaki berkenaan ke depan.
Selepas disoal siasat, dia akhirnya mengaku cuba menduduki peperiksaan itu untuk teman wanitanya.
Mesti Baca: Terpotong Kemaluan Rakan Akibat Bergurau
Lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada pegawai keselamatan yang menanggalkan rambut palsunya sebelum diserahkan kepada polis. – Sumber
Akhirnya, lelaki menyamar wanita tu dah kena tahan polis.
Lantak kaulah labu…
Siapa suruh cari penyakit betul tak?
Awek tu satu, tergamak kau biarkan balak kau berpakaian wanita, pakai rambut palsu dan mekap semata-mata sebab kau malas membaca.
Ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha……