Lembaga Tabung Haji Tanggung Subsidi 200 Juta
Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan menanggung kos subsidi jemaah haji sebanyak RM200 juta pada tahun 2017 berbanding RM160 juta tahun ini kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kos subsidi itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memelihara dan terus menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia selain membantu umat Islam menyempurnakan Rukun Islam yang kelima itu.
Malah, lebih daripada itu, Tabung Haji turut memberikan subsidi buat jemaah haji bagi membantu memudahkan lagi urusan mereka dalam menyempurnakan ibadah haji yang mabrur, kata Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan terkini di laman blog rasmi beliau, najibrazak.com
Baca Juga: PRU14: Cara Dan Semakan Daftar Pemilih
Sebelum ini, Tabung Haji telah mengumumkan Kos Bayaran Haji Kekal RM9,980 walaupun kos pengurusan haji meningkat saban tahun, seperti pada tahun hadapan yang meningkat kepada RM19,550 seorang tetapi kadar bayaran haji buat jemaah tidak berubah sejak 2009 – Sumber Kosmo Online
Peningkatan kos subsidi jemaah haji tahun depan menampakkan usaha serius kerajaan membantu umat islam di Malaysia menunaikan ibadat haji.
Banyak isu yang tak enak kita dengar tentang Tabung Haji ni. Harap semuanya hanya khabar angin saja. Apapun, usaha baik kerajaan untuk menegakkan syiar islam wajib kita sokong.