Disuruh Bayar Tunggakan Cukai Orang Mati Yang Tak Mati?
Kelakar pun ada nak marah pun ada.. ada ke patut orang yang tak mati dikatakan mati, lebih memburukkan keadaan waris disuruh bayar tunggakan cukai orang mati berjumlah RM1,728.50 walhal orang yang dikatakan mati masih hidup.
Pening bukan?
Mati ke tak mati ni..
Dah macam wayang Tamil dah ni..
Mahu tak terkejut apabila anda sedang makan nasi bersama orang yang dikatakan telah mati, kena pula bayar hutang dia. Adoiiii…
Bayar Tunggakan Cukai Orang Mati Yang Tak Mati, LHDN Mohon Maaf…
KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memohon maaf atas kesilapan dan kecuaian menghantar surat tunggakan kepada seorang pembayar cukai yang turut diletakkan status sebagai telah meninggal dunia yang kemudian ditularkan.
LHDN dalam kenyataan hari ini mengakui berlaku kesilapan data borang dan kecuaian dalam menentukan status pembayar cukai.
Gambar: Sinar Harian Online
“Melalui semakan lanjut yang dibuat, LHDN mendapati pembayar cukai masih hidup dan dengan ini ingin memohon maaf kepada pembayar cukai tersebut atas kesilapan yang berlaku,” demikian menurut kenyataan itu.
Mesti Baca: Urusan ASB Tidak Perlu Buku Mulai 28 Jun, Kad Pengenalan Cukup
Agensi itu juga berkata, surat permohonan maaf akan dihantar kepada pembayar cukai tersebut dan tindakan bersesuaian akan diambil bagi mengelakkan kesilapan seumpama daripada berulang.
Sebelum ini, tular mengenai seorang polis bantuan, Amran Mohamed, 45, terkejut selepas menerima surat daripada agensi berkenaan yang meminta warisnya menjelaskan cukai tertunggak berjumlah RM1,728.50 selain meletakkan statusnya sebagai telah meninggal dunia. – Sumber
Susah juga kalau tak mati dikata mati.
Tak pasal kena bayar tunggakan cukai orang mati yang tak mati.
Dah admin pun pening ni.
Harap LHDN tak buat silap lagi.
Lain kali update sistem tu, jangan suruh orang hidup terpaksa mati pula 🙂
Mesti Baca: Wang Tak Dituntut: Pernah Buka Banyak Akaun Bank Wajib Baca…