Live Cari Acap. Tok Singa Page Teruskan Usaha.

Hampir memasuki 3 minggu Acap masih tidak dijumpai. Selepas berbagai-bagai usaha dilakukan sama ada secara moden atau tradisional, kehilangan Acap masih misteri. Segala jenis teori telah keluar sehingga ada yang kelihatan tidak masuk akal. Apapun, kita berterima kasih kepada sukarelawan yang tidak putus-putus berusaha mencari Acap. Setakat pengetahuan admin, hari ini Tok Singa Page sedang live cari Acap di Gua Kandu.

Kita berharap Tok Singa Page mendapat petunjuk dan bukti yang dapat merungkai misteri kehilangan Acap. Tempoh 3 minggu terlalu lama bagi seorang manusia biasa untuk bertahan dalam hutan jika tersesat tambahan pula jika tercedera.

Mesti Baca: Bomba Cakap Acap Hilang Bukan Sebab Bunian Tetapi….

Mesti Baca: Acap Tidak Jumpa Lagi, Tiada Di Johor

Mesti Baca: Boleh Ke Manusia Masuk Alam Bunian?

Jika Acap masih di lokasi kehilangan, mungkin kita akan dapat mengesan tubuhnya. Mungkin beliau kepenatan, pengsan atau tidak mampu bergerak sehingga tidak mampu mengeluarkan suara meminta tolong.

Jika Acap disembunyikan Bunian, ianya semakin sukar kerana melibatkan perkara ghaib. Hanya orang tertentu sahaja yang mampu berinteraksi dengan Bunian dan meminta jasa baik Bunian untuk melepaskan Acap.

Teori lain yang mengatakan Acap sendiri yang menghilangkan diri dan tidak berada di Gua Tempurung tidak boleh juga diabaikan. Kita berharap teori ini tidak benar kerana banyak implikasi buruk terhadap diri Acap nanti.

Live Cari Acap. Tok Singa Page Teruskan Usaha.

Jom bagi yang berkesempatan boleh melihat usaha yang dibuat Tok Singa Page ketika ini untuk mencari Acap.

Kita yang tidak dapat pergi membantu mencari Acap di sana hanya boleh berdoa misteri ini segera berakhir dengan berita gembira.

Kalau tak boleh klik video di atas terus KLIK SINI

Live cari Acap ini daripada Tok Singa Page. Kita doakan usaha mereka berjaya sama ada mendapat kembali Acap atau sebarang petunjuk yang jelas untuk mencari Acap.

Leave a Reply

error: Content is protected !!