Lokasi Popular Shopping Raya KL

Ketika artikel ini ditulis, kita sudah memasuki minggu ketiga Ramadhan 2019. Ini bermakna lambaian Aidilfitri semakin hampir, ibu bapa sudah mula memikirkan baju raya anak-anak, tidak ketinggalan juga yang masih bujang. Bercerita tentang shopping raya, jika mahu ke ibu kota Kuala Lumpur, di mana lokasi popular shopping raya KL? bukan sahaja popular yang paling penting murah dan banyak pilihan.

Bagi admin sendiri, shopping raya KL sentiasa menjadi pilihan kerana rumah tidak terlalu jauh dengan KL (kira-kira dua jam perjalanan). Memang memikirkan sesak dengan kereta dan lautan manusia tetapi raya setahun sekali sahaja, sambil shopping dapat juga merayau di ibu kota.

10 Lokasi Popular Shopping Raya KL

Tanpa membuang masa, mari kita lihat 10 lokasi yang menjadi pilihan orang ramai untuk shopping raya di KL. Lokasi tersebut juga termasuk di luar KL tetapi lokasinya tidak terlalu jauh.

1. Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR)

Tidak syak lagi, Jalan TAR menjadi pilihan utama orang ramai jika shopping raya KL. Semua ada di sini daripada pakaian yang cantik dengan harga yang berpatutan, makanan (kuih raya), aksesori dan sebagainya.

2. Jakel Mall

Jakel Mall terkenal dengan jenama pakaian daripada selebriti tempatan. Kalau inginkan aura artis masa raya nanti bolehlah shopping di Jakel Mall.

3. PKNS Bangi

PKNS Bangi yang terletak di Bandar Baru Bangi (tidak berapa jauh dengan KL) di antara lokasi hangat setiap kali menjelang musim perayaan. Banyak pilihan baju raya dengan harga yang berpatutan.

4. PKNS Shah Alam

PKNS Shah Alam yang terletak di ibu negeri Selangor juga menjadi lokasi pilihan untuk shopping raya. Semua ada di sini, hanya sediakan duit sahaja.

5. Jalan Masjid India

Jika mahu shopping raya di Kuala Lumpur, Jalan Masjid India di antara lokasi wajib dengan pelbagai koleksi baju raya dan kuih muih tetapi suasana di situ sentiasa padat dengan kereta dan orang ramai sama seperti Jalan TAR tetapi raya setahun sekali, redah sahaja.

6. Sungei Wang Plaza

Sungei Wang Plaza di antara tempat shopping raya di KL yang tertua di tengah kotaraya KL. Ianya dibuka pada tahun 1977.

Ianya menjadi lokasi pilihan bagi yang mencari baju raya dengan harga yang murah.

Mesti Baca: Kereta Tak Boleh Start? Semak Punca

Lokasi Popular Shopping Raya KL

7. Mid Valley Megamall

Mid Valley Megamall di antara pusat membeli-belah terbaik di Kuala Lumpur. Lokasi yang terletak tidak jauh daripada pusat bandar dan tidak terlalu sibuk.

8. Kenanga Wholesale City

Kenanga Wholesale City yang terkenal sebagai pusat memborong pakaian boleh juga dijadikan pilihan untuk shopping raya KL. Banyak pilihan di sini dengan harga yang murah.

9. Bangi Central (Seksyen 9 Bangi)

Terletak berhampiran dengan PKNS Bangi, Bangi Central pasti membuatkan anda rambang mata dengan kepelbagaian koleksi baju raya yang memukau.

10. IOI City Mall Putrajaya

Masih baru tetapi ianya menjadi lokasi shopping raya yang terbaik kerana terletak agak jauh daripada pusat bandar. Menjelang musim perayaan, banyak jualan murah dengan pelbagai koleksi pakaian menarik.

Itulah 10 lokasi popular shopping raya KL dan kawasan sekitarnya. Ada banyak lagi terpulang kepada pilihan masing-masing, bergantung juga kepada kewangan dan mereka yang tidak suka kepada suasana sesak.


Leave a Reply

error: Content is protected !!