Menu

LRT Lewat 15 Minit Boleh Tuntut Tambang

Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) berhak menuntut pembayaran balik tambang perjalanan mereka sekiranya LRT lewat 15 minit.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataannya berkata, pembayaran balik tambang LRT diberikan dalam bentuk kupon percuma untuk perjalanan satu hala sahaja dan sah selama lima hari dari tarikh keluaran.

Syarat Boleh Tuntut Tambang Jika LRT Lewat 15 Minit

Menurut Prasarana lagi, pengguna boleh membuat tuntutan bayaran balik tambang berkenaan sekiranya mereka sudah membeli tiket tetapi tidak ingin meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan LRT berikutan kelewatan tren tersebut.

Sekiranya pengguna masih meneruskan perjalanan dengan menaiki LRT, hak menuntut bayaran tambang itu terbatal dengan sendirinya.

Baca Juga: Harga Tol Empat Lebuh Raya Bakal Naik Tahun Depan

Jabatan Komunikasi Kumpulan & Pemasaran Strategik Prasarana berharap dengan kenyataan ini akan dapat menjelaskan apa jua kekeliruan yang timbul akibat daripada kelewatan LRT yang menyusahkan pengguna mereka –  Sumber Utusan Online

Ini satu berita baik kepada pengguna LRT yang menggunakan perkhidmatan LRT setiap hari untuk ke tempat kerja atau sekolah.

Pastikan anda memahami syarat untuk menuntut balik bayaran tambang LRT lewat 15 minit ini untuk mengelakkan kesulitan pada masa depan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!