Luis Suarez Atlit Paling Dibenci Sepanjang Zaman

Luis Suarez atlit paling dibenci sepanjang zaman? rasanya ramai yang tahu sebabnya, beliau memang terkenal dengan aksi menggigit pemain pertahanan Itali ketika Piala Dunia 2014.

Selain itu, entah berapa kali beliau mengejutkan dunia sukan dengan aksi yang di luar jangkaan. Jom kita baca mengapa Luis Suarez mendapat gelaran tersebut.

Luis Suarez Atlit Paling Dibenci Sepanjang Zaman

DALAM satu tinjauan yang dilakukan oleh ESPN, peminat bola sepak memilih bintang penyerang Barcelona, Luis Suarez sebagai ahli sukan paling dibenci sepanjang zaman.

Bekas kapten Manchester United, Roy Keane turut berada dalam kedudukan 10 teratas tinjauan pendapat tersebut bersama bekas pengurus United, Jose Mourinho.

Luis Suarez atlit paling dibenci sepanjang zaman.

Menurut ESPN, beberapa kelakuan buruk yang pernah dilakukan Suarez menjadi sebab utama pemain Uruguay berusia 32 tahun itu tidak digemari ramai.

Antara yang akan dikenang termasuk kecenderungannya merebahkan badan bagi mendapat penalti, menahan bola sepakan Ghana menggunakan tangan dalam kotak penalti pada Piala Dunia 2010 untuk menghalang lawan daripada memasuki separuh akhir.

Bekas penyerang Liverpool itu juga terkenal dengan tabiat pelik suka menggigit pemain lawan.

Insiden melibatkan pemain Itali, Giorgio Chiellini pada Piala Dunia 2014, selain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic dalam Liga Perdana Inggeris antara kes berprofil tinggi yang tidak mungkin dilupakan.

Bekas pemain tengah Manchester City dan Newcastle United, Joey Barton berada dalam kedudukan kedua ahli sukan paling dibenci, diikuti bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson. – AGENSI

Sumber

Leave a Reply

error: Content is protected !!