Menu

Awas! 7 Jenis Makanan Yang Dipanaskan Semula Jadi Racun..

Kita biasa panaskan makanan yang tak habis sebab sayang nak buang betul tak? Tetapi, adakah kita sedar sesetengah makanan yang dipanaskan semula boleh bertukar menjadi racun?

Kalau bukan sayang pun, sesetengah makanan yang dipanaskan semula kadang-kadang lebih sedap sebagai contoh gulai patin masak tempoyak kerana tempoyaknya menjadi serasi dengan kuah, bertambah ummmphhhh….

Awas! 7 Jenis Makanan Yang Dipanaskan Semula Jadi Racun..

Selepas ini, anda boleh fikirkan semula risiko panaskan semula makanan yang telah dimasak. Memang kita nak berjimat tetapi kalau boleh elakkan, cubalah ok.

1. Daging Ayam

Daging ayam sangat sedap dan menggiurkan ketika panas namun adalah lebih baik tidak dipanaskan semula apabila makanan itu sudah sejuk. Protein yang terdapat dalam daging ayam akan berubah mengikut caranya dipanaskan serta boleh mengganggu sistem pencernaan. Jika terpaksa, panaskan dengan api yang kecil dalam tempoh waktu yang singkat.

2. Bayam

Siapa yang tida gemarkan bayam? Kebanyakan daripada kita sukakannya apatah lagi bayam sangat baik untuk gizi tubuh. Jadi, tidak hairanlah jika ada suri rumah yang menyimpan bayam dalam nisbah yang besar untuk dimakan hingga ke sebelah malam.

Itu tidak salah namun lain ceritanya jika bayam kerap dipanaskan. Sayuran ini mengandungi nitrat yang akan berubah menjadi campuran nitrat ketika dipanaskan. Nitrat inilah yang akan menyebabkan seseorang itu diserang kanser.

3. Kentang

Kentang merupakan salah satu sumber makanan yang cukup popular kerana boleh disajikan dalam pelbagai bentuk. Namun, kentang selepas dipanaskan semula, nutrisi yang terkandung di dalamnya akan hilang.

Sama seperti bayam, kentang akan mengalami proses pengoksidaan ketika dipanaskan. Proses tersebut akan membuatkan tubuh berdepan campuran racun berbahaya.

Mesti Baca: Jom Tengok Gaya Makan Rakyat Malaysia, Mungkin Terkena Batang Hidung Sendiri!

Makanan Yang Dipanaskan Semula

4. Telur

Telur merupakan makanan sihat yang mengandung vitamin A, kalsium, vitamin B6, vitamin B12, dan fosforus. Telur akan menjadi bahaya jika tidak digunakan segar.

5. Makanan Bergoreng Dan Digoreng Semula

Makanan yang digoreng sememangnya menjadi pilihan namun jangan sesekali mengambil langkah memanaskannya semula. Seperti sedia maklum, menggoreng memerlukan banyak minyak ketika melakukannya.

Jadi, jika dipanaskan semula, makanan tersebut akan mengandungi lebih banyak minyak sekali gus menyebabkan kadar kolesterol menjadi semakin tinggi.

6. Cendawan

Cendawan juga boleh menyebabkan gangguan sistem pencernaan jika dipanaskan semula. Apa pun cara memasak cendewan sama ada digoreng atau dibuat sup, adalah lebih baik tidak dipanaskan semula.

Ini kerana tindakan tersebut akan menyebakan protein dalam cendawan hilang dan senyawa jahat akan masuk ke tubuh.

7. Santan

Kebanyakan makanan lazat mempunyai santan. Biarpun mempunyai rasa yang sedikit berbeza ketika sejuk atau dingin, lebih baik dimakan begitu sahaja.

Ketika santan dipanaskan semula, lemak yang terdapat dalam santan akan bertukar menjadi lemak jahat seterusnya meningkatkan jumlah kolestrol – Sumber Artikel

Selepas ini, cubalah elakkan panaskan semula makanan yang telah dimasak. Kalau boleh makan terus sahaja sampai habis apabila siap masak.

Sekarang anda dah tahu makanan yang dipanaskan semula tidak bagus…

Kalau nak makan juga tak perlu panaskan semula ok 🙂

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!