Manfaat Tidur Siang (15-30 Minit) Sehari
Suka tidur siang adalah seorang yang pemalas? Jangan cepat menghukum kerana ada banyak manfaat tidur siang yang kita abaikan. Cuma janganlah tidur terlalu lama, cukuplah sekadar melelapkan mata bagi mendapatkan manfaat tersebut.
Apakah manfaat tidur siang kerana ianya juga digalakkan oleh Rasulullah SAW?
Tiga Jenis Amalan Tidur Singkat

Mesti Baca: Susah Tidur? Ini Tip Tidur Dengan Mudah
1. Tidur Singkat Terancang
Menutup mata sebelum rasa mengantuk. Teknik ini biasanya diguna apabila individu berkenaan perlu bangun lebih awal daripada kebiasaan dan biasanya untuk elak rasa letih pada tempoh berikutnya.
2. Tidur Singkat Kecemasan
Biasanya terjadi apabila individu tiba-tiba rasa keletihan keterlaluan dan tidak dapat meneruskan aktiviti yang sedang dilakukan ketika itu. Biasanya sering dilakukan pemandu dalam perjalanan jauh atau mereka yang bekerja dalam syif atau industri berat termasuklah ketika mengendalikan mesin berbahaya.
3. Tabiat Tidur Singkat –
Biasanya individu yang kerap lelap pada waktu sama setiap hari. Contohnya, kanak-kanak yang masih kecil tidur pada waktu tengah hari atau golongan dewasa yang lelap seketika selepas menikmati makan tengah hari.
Manfaat Tidur Siang Yang Singkat (15-30 Minit) Sehari
Tabiat lelapkan mata seketika pada waktu siang sekitar 15 minit hingga ke 30 minit boleh mengembalikan kecergasan jasmani dan mental sebelum menyambung semula rutin harian.
National Sleep Foundation Amerika Syarikat menggalakkan amalan tidur sedemikian yang dipraktikkan beberapa tokoh negara itu seperti John F Kennedy, Ronald Reagan, Albert Einstein, Thomas Edison dan George W Bush selain Napoleon.
Organisasi berkenaan menyarankan tidur bagi tempoh singkat pada waktu siang kerana ia membantu mempertingkatkan mood baik, fokus dan prestasi harian individu berkenaan.
Tip Tidur Siang Berkualiti
1. Tidur singkat biasanya disyorkan 20 hingga 30 minit. Tidur dalam tempoh ini mengelakkan rasa pening dan pada masa sama tidak mengganggu tidur malam anda.
2. Pastikan tempat tidur selesa dan menenangkan. Ini merujuk ruang yang tidak bising selain tidak terlalu terang.
3. Pastikan tempoh anda tidur itu tidak terlalu awal ataupun terlalu lewat kerana dikhuatiri menjejaskan kualiti tidur yang sihat.