Mansuh UPSR: Keputusan Diketahui 2017
Mansuh UPSR antara cadangan yang menjadi topik perbualan hangat dan masih dalam perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia.
Keputusan untuk mansuh UPSR ini hanya akan diketahui pada tahun 2017 selepas kajian, analisis dan dipertimbangkan sebaik mungkin oleh kerajaan
Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika ini cadangan tersebut masih dalam proses perbincangan di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia dan belum dibawa ke Kabinet.
“Pihak kami mengambil kira pandangan ahli-ahli akademik tempatan, modul-modul dari luar negara yang boleh diketengahkan seperti Perancis, Finland serta Korea Selatan selain agensi berkaitan dan juga guru-guru berpengalaman di sekolah.
“Di negara-negara membangun seperti Perancis dan Finland, pentaksiran mereka lebih berdasarkan penilaian sekolah termasuk psikometrik, kokurikulum dan sahsiah pelajar namun kita masih berorientasikan peperiksaan tanpa menitikberatkan penilaian sahsiah dan kemahiran insaniah murid,” kata Datuk Seri Mahdzir Khalid. Sumber Kosmo Online (23/11/2016)
Baca Juga: UPSR 2016: 4,896 Calon Dapat Semua A
Jika cadangan mansuh UPSR ini diluluskan kabinet tahun depan, pelajar sekolah rendah tidak akan menduduki UPSR berdasarkan peperiksaan semata-mata.
Ada aspek lain yang diambil kira dalam menilai kemajuan dan potensi pelajar untuk mendapat keputusan UPSR cemerlang.