Mario Gomez Calon Jurulatih Harimau Malaysia?
Khabar angin bertiup kencang bekas jurulatih kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez calon jurulatih Harimau Malaysia jika Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dinobatkan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Mario Gomez dan JDT berpisah sebelum sepak mula Liga Super 2017 dan tempatnya digantikan oleh Benjamin Mora yang sebelum ini membimbing JDT II. Baca Akhirnya…. Sebab JDT Singkir Mario Gomez
Mario Gomez Calon Jurulatih Harimau Malaysia?
Sumber Gambar: Facebook Johor Southern Tigers
Khabar angin Mario Gomez calon jurulatih Harimau Malaysia timbul selepas laman sosial Facebook Johor Southern Tigers memaparkan gambar Mario Gomez bersama-sama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
“Tunku Mahkota Johor bersama bakal jurulatih pasukan kebangsaan, Mario Gomez mengucapkan selamat maju jaya kepada Kelab Bolasepak JDT dalam perlawanan petang ini menentang Gamba Osaka,” demikian menurut entri Facebook Johor Southern Tigers.
Sebelum ini, berlegar khabar angin bahawa Mario Gomez merupakan calon jurulatih Harimau Malaysia dan tidak mustahil perkara itu menjadi kenyataan sekiranya Tunku Ismail dipilih menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Baca Juga: Calon Presiden FAM Yang Mana Pilihan Anda?
Mario Gomez calon jurulatih Harimau Malaysia?
Bagi admin, beliau dilihat layak menjadi pasukan bola sepak kebangsaan selepas membawa JDT meraih pelbagai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Sudah tiba masanya pasukan kebangsaan memerlukan sentuhan jurulatih asing yang terbukti cemerlang.
Asyik-asyik “long ball” selagi menggunakan jurulatih tempatan dengan muka-muka sama yang membarisi skuad kebangsaan. Macam dah tak ada orang lain.
Skuad kebangsaan perlukan pembaharuan. Presiden FAM baru, jurulatih baru dan muka baru dalam skuad Harimau Malaysia.
Apapun, kita tunggu dan lihat dahulu jika TMJ dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) nanti.
Pilihan admin adalah TMJ 🙂