Menu

Website Perlahan? Bila Masa Sesuai Daftar Dan Mohon BPN?

Sudah daftar dan mohon BPN? Pendaftaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sudah bermula hari ini, 01 April 2020 bagi yang layak mendapat bantuan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak COVID-19.

Admin telah cuba memasuki laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sejak pagi tadi tetapi masih gagal kerana website terlalu perlahan, “loading” yang sangat lama.

Sudah Daftar Dan Mohon BPN?

Mesti Baca: Syarat, Kelayakan Dan Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Mungkin berjuta-juta rakyat Malaysia sedang cuba mengakses masuk laman web tersebut menyebabkan “server” website BPN tersebut menjadi lembab.

Jika anda masih cuba untuk memasuki website tersebut pada masa sekarang ianya hanya akan menambah lagi kesesakan trafik website tersebut. Bersabar….

Sudah Daftar Dan Mohon BPN?

Bagi yang telah selamat membuat pendaftaran BPN, tahniah kerana anda sangat pantas kerana berjuta-juta lagi rakyat Malaysia masih gagal memasuki laman web BSH.

Bila masa yang sesuai untuk membuat pendaftaran BPN?

Melihat kepada kelembapan website LHDNM, masa paling sesuai untuk untuk mendaftar adalah di tengah malam atau lakukan pada hari lain kerana hari pertama pendaftaran BPN memang sangat sukar untuk berjaya tembus masuk kerana trafik website tersebut sangat tinggi ketika ini.

Website Perlahan? Bila Masa Sesuai Daftar Dan Mohon BPN?

Jadi, bersabar dan bertenang. Biarkan dahulu, jangan turut sama menambah kesesakan trafik website BSH tersebut. Kita boleh daftar dan mohon BPN bila-bila masa sahaja daripada sekarang.

Mohon kerjasama penerima BSH sebelum ini jangan masuk website tersebut kerana anda AUTOMATIK akan dapat BPN.

Jangan menambah sesak trafik website juga, biarkan yang lain memohon dan membuat pendaftaran BPN. Anda boleh semak status kelayakan BPN bila-bila masa sahaja.

Penerima BSH & Pembayar Cukai TAK PERLU MOHON BPN. Automatik dapat.

Bagi mereka yang belum mendaftar, permohonan baru boleh mula dibuat pada 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDN di:

www.hasil.gov.my

bsh.hasil.gov.my

www.treasury.gov.my



Leave a Reply

error: Content is protected !!