Menu

Matahari Terbit Dari Barat. Bagaimana Keadaannya?

Hari Kiamat merupakan hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam dan bumi dan juga ianya dipanggil hari kebangkitan semula. Kiamat berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu قيام yang bermaksud bangkit atau bangun. Sedangkan hari kiamat (kehancuran alam semesta berserta dengan isinya) dalam bahasa Arab adalah “As-Saa’ah”. Ia merupakan satu kepercayaan dalam agama samawi, termasuk Yahudi, Kristian dan Islam. Merujuk kepada hari kiamat, kita telah mendengar dan mengetahui berbagai-bagai tanda kecil dan besar sebelum ketibaan hari kiamat. Salah satunya adalah tanda besar iaitu matahari terbit dari barat.

Matahari Terbit Dari Barat. Bagaimana Keadaannya?

Di dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, terdapat enam tanda besar kiamat dicatatkan.

Dalam satu riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Bersegeralah dalam beramal sebelum datang enam perkara: Terbitnya matahari dari barat, asap, Dajjal, al-Dabah, perkara khusus daripada kalangan kamu (kematian) dan urusan umum (kiamat).”

Kata ulama, pada setiap pagi perkara paling mereka takut ialah apabila bangun melihat sama ada matahari terbit dari barat atau timur.

Sebelum matahari terbit dari barat, seluruh bumi ini akan gelap. Kita boleh bayangkan, setiap pagi biasanya kita bangun tidur jam 5.30 pagi untuk bersiap-siap melaksanakan solat Subuh serta persiapan ke tempat kerja.

Mesti Baca: Ambil Wuduk Tanpa Pakaian. Sah Tak?

Bagaimanapun, setibanya di pejabat jam 9 pagi, kita melihat keadaan itu tidak seperti biasa di mana keadaannya masih gelap.

Keadaan itu pastinya menyebabkan manusia berasa takut dan tertanya-tanya fenomena berkenaan. Disebabkan suasana itu amat pelik dan tidak pernah berlaku, pasti manusia mula panik dan keadaan menjadi kecoh.

Menurut pendakwah, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub, terdapat riwayat menyatakan suasana gelap itu berlaku selama dua hari dan riwayat lain menyatakan akan bergelap selama tiga hari.

Katanya, seandainya gelap itu berlaku selama tiga hari, bermakna pada hari keempat matahari tidak lagi muncul dari sebelah timur, sebaliknya dari sebelah barat.

Ketika seluruh penduduk bumi menyaksikan tanda besar itu, mereka mula beriman kepada Allah. Bagaimanapun, Allah sudah menutup pintu taubat serapat-rapatnya.

Mesti Baca: Hukum Makan Masakan Orang Bukan Islam

Pada waktu matahari terbit dari barat, tidak berguna lagi taubat serta segala amal ibadat yang hendak dipersembahkan kepada Allah. Bagi yang ditakdirkan masih hidup, mereka akan meneruskan kehidupan mengikut ajal masing-masing.

Seandainya sepanjang usia yang berbaki itu, seseorang bersungguh-sungguh melakukan ibadat, namun Allah tetap tidak akan menerima amalannya.

Manakala bagi orang beriman, mereka akan hidup dalam keadaan beriman sehingga akhir hayat.

Pada hari pertama matahari terbit dari barat itu mengambil masa selama setahun. Tempoh setahun itu seperti dinyatakan oleh Nabi SAW seperti hari-hari yang dilalui manusia.

Hari kedua juga panjang iaitu seperti sebulan. Berikutnya, hari ketiga panjangnya seperti seminggu manakala pada hari keempat baru ia kembali seperti biasa.

Ketika itu baru manusia menyedari betapa nikmatnya Allah kurniakan waktu malam. Pada hari ini, ramai manusia mengubah cara hidup mereka dengan tidur waktu siang, manakala malam mereka berjaga untuk melakukan perkara sia-sia.

Sumber

Begitulah keadaan yang kita akan lalui apabila matahari terbit dari barat. Apabila ianya terjadi, segala amalan yang dilakukan ketika itu tidak berguna lagi.

Bersediakah kita?

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!