Menu

Mati Bujang Dan Cerai Mati. Siapa Pasangan Kita Di Akhirat?

Mati pasti akan datang tidak kira sama ada kita masih bujang atau telah berkahwin. Apabila kita meninggal dunia, terputuslah semuanya hubungan dengan alam dunia kecuali tiga perkara sebagai bekalan iaitu amal ibadat, doa anak yang soleh dan sedekah jariah tetapi ada satu persoalan iaitu siapa pasangan kita di akhirat nanti?

Selalu kita dengar lirik lagu;

” tunggu aku di pintu syurga tetapi yakinkah kita akan bertemu semula pasangan kita di dunia semasa di “sana” nanti? “

pasangan kita di akhirat

Itu persoalan bagi yang cerai mati tetapi bagaimana yang mati bujang? kekal bujang di akhirat atau ada pasangan yang dijodohkan Allah?

Rasulullah SAW bersabda;

“ Dan di dalam syurga tidak ada orang yang membujang (tidak menikah).” (HR Muslim, 5062)

Daripada hadis di atas, jelas TIADA yang hidup bujang di syurga nanti, Allah akan kahwinkan si bujang tersebut dengan pasangannya.

Banyak persoalan yang bermain di fikiran, siapa pasangan kita di akhirat nanti?

  • Jika aku mati bujang, siapa pasangan aku atau kekal bujang di akhirat?
  • Jika aku bercerai mati dengan pasangan bagaimana pula?

Mati Bujang Dan Cerai Mati. Siapa Pasangan Kita Di Akhirat?

Bagi menjawab persoalan di atas, kita lihat beberapa kategori kematian:

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Sabda Rasulullah SAW;

“ Dan di dalam syurga tidak ada orang yang membujang (tidak menikah).” (HR Muslim, 5062)

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

Mesti Baca: Tip Semarakkan Cinta Suami Isteri

Mesti Baca: Bila Kali Terakhir Mandi Bersama?

pasangan kita di akhirat

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasulullah SAW bersabda;

“Wanita bersama suaminya yang terakhir” (Hadits sahih dikeluarkan oleh Abu Ali Al-Harrani Al-Qusyairi dalam Tarikhul Riqqah (2/39/3)

Itulah jawapan kepada persoalan siapa pasangan kita di akhirat nanti. Apa yang penting di sini, semoga kita dapat berjumpa semula dengan pasangan, anak, ibu bapa dan ahli keluarga di syurga dan bersatu dalam dunia yang tiada akhirnya.

Sumber Artikel

Sumber Artikel

Leave a Reply

error: Content is protected !!