Mehmet Durakovic Jurulatih Baru Perak
Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) mengumumkan pelantikan bekas jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic sebagai jurulatih baharu skuad Perak menggantikan Karl Heinz Weigang.
Presiden Pafa, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, pelantikan tersebut berkuatkuasa hari ini.
“Pafa dan Weigang telah mencapai keputusan bersama kontrak beliau sebagai ketua jurulatih Perak ditamatkan berkuatkuasa hari ini.
“Keputusan tersebut dicapai setelah kedua-dua pihak mengadakan perbincangan panjang lebar dan meneliti pelbagai aspek dan cadangan.
“Pafa berharap pelantikan Mehmet Durakovic dapat membentuk pasukan yang berkualiti dengan ilmu, pengalaman, sistem kejurulatihan dan taktikal tahap tertinggi bagi mencapai sasaran yang ditetapkan musim ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Abdul Puhat, keputusan melantik Mehmet dibuat setelah Pafa meneliti beberapa calon jurulatih tempatan dan asing – Sumber
Mehmet Durakovic bukan asing dalam bola sepak Malaysia.
Pernah menjadi pemain dan jurulatih pasukan Selangor.
Keputusan Perak mengambil beliau adalah tepat berdasarkan pengalaman luas dan pemahaman beliau tentang liga Malaysia.