Menu

Melayu Isytihar Perang Terhadap Bukan Melayu?

Laman sosial panas dengan isu kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kononnya gabungan UMNO-PAS yang sedang direncanakan sekarang seperti orang Melayu isytihar perang terhadap bukan Melayu di negara kita.

Walaupun kenyataan beliau telah dibetulkan semula tetapi kenyataan asal tersebut sangat berbahaya dan menimbulkan kemarahan orang Melayu khususnya kerana secara tidak langsung memberi persepsi negatif seolah-olah Melayu sedang berusaha menidakkan kepentingan orang bukan Melayu.

Geleng kepala admin. Apa yang ada dalam pemikiran Lim Guan Eng sampai sanggup mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman begitu? Takut sangat dengan perpaduan Melayu? Adakah UMNO-PAS bersatu menyebabkan orang bukan Melayu akan terpinggir jika gabungan tersebut memenangi PRU15 nanti?

Singkat sungguh pemikiran beliau. Mentaliti seorang menteri dalam kerajaan yang masih condong kepada pembangkang. Adakah beliau masih merindui aksi berguling di tengah jalan dan memekik dalam parlimen ketika masih sebagai anggota pembangkang?

Entah mengapa admin lihat anggota pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini banyak mengeluarkan kenyataan yang boleh disifatkan merapu dan menjadi bahan mainan rakyat sahaja.

Melayu Isytihar Perang Atau Menyasarkan Perang?

Berbalik kepada kenyataan Lim Guan Eng tersebut, walaupun beliau telah mengubah kenyataan daripada perkataan “mengisytiharkan perang” kepada “menyasarkan” tetapi kesan daripada kenyataan awal tersebut sangat berbaur perkauman.

Kerajaan PH yang terdiri daripada parti DAP, PKR, AMANAH dan BERSATU dilihat sangat tidak senang dengan penyatuan UMNO-PAS kerana gabungan tersebut sangat kuat untuk menumbangkan PH dalam PRU15 nanti.

Mereka terus menyerang penyatuan UMNO-PAS untuk menggagalkannya, adakah mereka gentar dengan penyatuan Melayu? Bertenang! anda adalah kerajaan baru, tugas anda hanya jalankan amanah yang diberi oleh rakyat. PRU15 masih jauh, buat kerja dan bukan berpolitik sepanjang masa. Biarkan rakyat menilai dalam PRU15 nanti sama ada PH akan kekal atau hanya kerajaan sepenggal.

Mesti Baca: Pakatan Harapan Kerajaan Sepenggal?

Melihat kepada situasi semasa dan cara pemerintahan PH menangani masalah terutama melibatkan kepentingan orang Melayu, tidak mustahil kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya akan menjadi kerajaan sepenggal sahaja jika perkara-perkara yang nampak remeh tetapi diabaikan.

Orang Melayu sebagai majoriti di negara kita sedang dalam mood marah dan tidak berkenan dengan beberapa tindak tanduk kerajaan terutama melibatkan agama Islam. Admin melihat orang Melayu masih boleh bersabar jika manifesto PH tidak ditunaikan tetapi apabila perkara melibatkan kesucian agama Islam dan hak-hak orang Melayu dipandang sepi, PH hanya membangkitkan harimau yang sedang tidur.

Sayang sekali jika PH tumbang kerana kebodohan sendiri, anda telah berusaha selama 60 tahun untuk menjadi kerajaan tetapi hanya berjaya menjadi kerajaan sepenggal sahaja? Fikirlah baik-baik.

Hentikan kenyataan bodoh seperti orang Melayu isytihar perang terhadap bukan Melayu, janganlah dibangkitkan perkauman lagi atau sanggupkah kita berdepan dengan peristiwa 13 Mei 1969 lagi?

Rujukan Artikel

Leave a Reply

error: Content is protected !!