Membeli Secara Online Atau Membeli Di Kedai, Pilihan Anda?
Zaman teknologi maklumat yang serba canggih menjadikan cara dan tabiat membeli juga berubah seiring dengan peredaran zaman. Pada masa kini, membeli secara online sudah menjadi lumrah dan semakin menjadi pilihan terutama bagi golongan muda kerana menjimatkan masa, kos dan tenaga. Namun, masih ramai juga yang masih memilih cara pembelian tradisional iaitu berkunjung ke kedai untuk mendapatkan barang yang dihajati. Bagaimana dengan anda? Membeli secara online atau membeli di kedai?
Bagi admin sendiri, kedua-duanya menjadi pilihan. Ambil contoh mudah, admin hendak membeli kad prabayar telefon bimbit. Dengan kemudahan membeli secara online melalui perbankan internet seperti maybank2u, cimbclicks dan sebagainya adakah berbaloi admin menunggang motor ke kedai berhampiran untuk membeli kad prabayar? Sudah tentu ianya melibatkan kos minyak, masa dan tenaga admin betul tak? Dengan perbankan internet, hanya klik, klik dan klik “top up” masuk dalam telefon bimbit 🙂
Itu contoh mudah tetapi bagaimana jika ianya melibatkan barang yang mahal dan memerlukan penghantaran ke rumah? Contohnya, perabot daripada IKEA. Adakah berbaloi membeli secara online atau membeli di kedai? Yang mana pilihan anda?
Membeli Secara Online Atau Membeli Di Kedai, Pilihan Anda?
Setiap cara yang anda pilih tidak kira membeli secara online atau membeli di kedai ada kebaikan dan kekurangan masing-masing. Terpulang kepada anda yang penting dapat apa yang anda mahu dan puas hati betul tak?
1. Membeli Secara Online
KEBAIKAN
- Pelbagai pilihan jenama untuk sesuatu produk
- Harga lebih kompetitif
KEKURANGAN
- Tidak dapat melihat kualiti barangan yang dibeli
- Ada cas pengeposan
- Perlu menunggu untuk barangan sampai ke rumah
- Kemungkinan untuk dapat barangan tiruan juga ada
Mesti Baca: Dua Cara Popular Bagaimana Blog Menjadi Sumber Pendapatan
2. Membeli Di Kedai
KELEBIHAN
- Tiada cas pengeposan
- Tidak perlu menunggu barang sampai
- Boleh lihat sendiri kualiti barangan
- Pelbagai pilihan jenama untuk sesuatu produk
- Harga lebih kompetitif
KEKURANGAN
- Kekurangan dari segi pilihan jenama yang ada
- Kemungkinan besar harga lebih mahal daripada barangan yang dijual secara online
Bagaimana dengan pilihan anda selepas membaca kebaikan dan kekurangan bagi kedua-dua cara pembelian tersebut? Selesa membeli secara online atau membeli di kedai macam biasa?
Pada pendapat admin, kedua-duanya boleh diteruskan seperti biasa. Membeli secara online apabila dirasakan ianya lebih memudahkan dan dalam masa yang sama membeli di kedai jika mahukan kepuasan melihat sendiri barang yang hendak dibeli 🙂