Menu

Seminggu Selepas Tembakan Pengganas Masjid Christchurch, Menanti Hukuman Brenton Tarrant

Hari ini, Jumaat, genap seminggu selepas insiden tembakan pengganas Australia, Brenton Tarrant ke atas jemaah yang sedang bersolat Jumaat di masjid yang terletak di Christchurch, New Zealand yang telah mengorbankan 50 nyawa setakat hari ini. Kejadian tersebut sangat mengejutkan dunia kerana ianya disiarkan secara langsung melalui media sosial menunjukkan pengganas tersebut memang berniat membunuh dan ianya telah dirancang dengan baik. Masyarakat dunia khususnya daripada orang muslim menuntut hukuman Brenton Tarrant disegerakan.

Mesti Baca: Rafizi: Penyokong UMNO PAS Maki “Egg Boy” Kalau Duduk Di Malaysia

Agak menyedihkan juga apabila media barat tidak menyebut secara khusus serangan tersebut sebagai keganasan atau dengan maksud lain, Brenton Tarrant tidak digambarkan sebagai seorang pengganas. Timbul persoalan di sini, jika kekejaman tersebut dilakukan orang Muslim dengan pantas media Barat menuduh individu tersebut sebagai seorang pengganas. Jelas media Barat berat sebelah dalam melaporkan kejadian tersebut ditambah pula bermacam-macam sekatan di media sosial seolah-olah ingin menutup kesalahan yang dilakukan oleh suku sakat mereka.

Seminggu Selepas Tembakan Pengganas Masjid Christchurch, Menanti Hukuman Brenton Tarrant

Dunia tidak sabar menyaksikan apakah hukuman yang bakal diterima pengganas, Brenton Tarrant. Setakat ini , beliau berdepan satu pertuduhan iaitu membunuh 50 orang di dua buah masjid.

Mesti Baca: Melayu Isytihar Perang Terhadap Bukan Melayu?

Mengikut undang-undang New Zealand, individu yang disabitkan kesalahan membunuh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dengan kemungkinan parol.

Oleh kerana Brenton Tarrant disifatkan terlalu kejam, pakar mencadangkan hukuman paling berat dikenakan kerana hukuman mati tidak dapat dilaksanakan memandangkan ianya telah dimansuhkan pada 1961.

Jadi, hukuman Brenton Tarrant paling sesuai adalah penjara seumur hidup dan tidak diberikan parol. Akhirnya beliau akan mereput dan mati dalam penjara. Namun, itu tidak dapat mengubat hati keluarga mangsa dan orang Muslim seluruh dunia kerana ianya terlalu kejam dan di laur batasan kemanusiaan.

Brenton Tarrant adalah pengganas kulit putih paling pengecut yang akan terpahat dalam lipatan sejarah.

Sumber Artikel

Leave a Reply

error: Content is protected !!