Mengapa Pilih Kerja Kerajaan? Gaji Swasta Lagi Mahal…
Mengapa pilih kerja kerajaan? Persoalan ini sentiasa menjadi topik hangat di kalangan graduan dan pencari kerja. Mengapa tidak swasta? bukankah gaji di sektor swasta lagi mahal, bonus banyak dan kerja lebih masa pun banyak untuk tambah pendapatan?
Jujurnya, admin sendiri pun habis sahaja belajar terus memohon kerja kerajaan melalui SPA8 dan Negeri sebagai pilihan utama tetapi dalam masa yang sama bekerja di sektor swasta sementara menanti panggilan temuduga atau peperiksaan memasuki perkhidmatan awam.
Mengapa Pilih Kerja Kerajaaan?
Orang kerja kerajaan nampak tak banyak kerja, nampak banyak melepak, waktu kerja tak panjang dan cuti rehat pun banyak belum dicampur cuti umum yang berpuluh-puluh dalam setahun.
Tetapi, benarkah begitu? Bagi orang di luar sana yang tidak berada dalam sektor awam akan memandang negatif dan persepsi itu sentiasa bermain dalam fikiran kerana hanya segelintir kakitangan awam yang nampak culas dalam menjalankan tugas.
Persepsi tidak dapat dikikis cuma hayatilah kata pepatah;
“Dalam setandan pisang tak semuanya buruk”
Kita lihat semula kepada tajuk artikel. Mengapa pilih kerja kerajaan? mengapa tak masuk kerja swasta dengan gaji dan bonus yang mahal? mengapa tetap juga bermimpi hendak masuk kerja kerajaan?

Alasan biasa apabila ditanya mengapa kerja kerajaan menjadi pilihan seperti berikut:
- Gaji yang semakin mahal
- Elaun perumahan yang menarik
- Elaun sara hidup atau Cost of living allowance (COLA)
- Kenaikan gaji setiap tahun
- Imbuhan tetap khidmat awam (ITKA)
- Kemudahan pinjaman peribadi dan perumahan (syarat tidak ketat)
- Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
- Cuti tahunan yang banyak mengikut kelayakan
- Cuti bersalin yang lama
- Caruman KWSP atau pencen (pencen pilihan utama orang masuk kerja kerajaan
- Bersara pada umur 58 – 60 tahun (pilihan)
- Peluang kenaikan pangkat
- Peluang melanjutkan pelajaran dalam perkhidmatan
- Lebih banyak masa bersama keluarga
- Banyak lagi…….. (ada tambahan?)
Jika dilihat sebab-sebab kerja kerajaan jadi pilihan tidak mustahil mengapa graduan atau lepasan sekolah tetap memasang impian untuk masuk kerja kerajaan.
Tetapi harus diingatkan di sini, untuk Masuk Kerja Kerajaan Semakin Susah pada masa sekarang kerana lambakan graduan dan permohonan yang mencecah jutaan orang di SPA8 setiap tahun sedangkan kekosongan jawatan hanya beberapa sahaja.
Pendek kata, hanya yang terbaik dapat masuk kerja kerajaan dengan menguasai Tip Temuduga Kerja Kerajaan di samping rezeki daripada Tuhan. Guna kabel? itu persepsi sahaja, mungkin ada tetapi bilangannya sangat kecil.
Selain itu, admin tegaskan di sini, JANGAN terlalu berharap dengan SPA sahaja kalau mahu kerja kerajaan. Banyak lagi Agensi Kerajaan yang menawarkan jawatan kosong, cuma kita kena peka dengan iklan mereka melalui akhbar, laman web rasmi dan juga hebahan di media sosial.
Mengapa pilih kerja kerajaan hanya dengan SPA? Kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca sini >> Bagaimana Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)