Mengapa Rezeki Saya Sempit?

Kehidupan di dunia menuntut manusia mencari rezeki yang halal untuk menampung diri dan keluarga. Kesempitan hidup kadang-kadang menjerumuskan manusia melakukan perkara yang salah dan haram dalam mencari rezeki. Soalan yang sering bermain di fikiran mengapa rezeki saya sempit?

Jawapan kepada persoalan ini ada dalam diri masing-masing. Ramai yang merasakan sempitnya rezeki dan kehidupan walaupun telah melakukan pelbagai cara untuk memperbaiki taraf hidup.

Rezeki bukan sekadar duit semata-mata. Ada yang beranggapan apabila tiada duit rezeki sempit. Ini kurang tepat kerana definisi rezeki datang dalam pelbagai bentuk seperti kesihatan, kebahagiaan, keluarga yang sempurna dan sebagainya.

Bagi menjawab persoalan mengapa rezeki saya sempit, mari kita lihat ke dalam diri masing-masing. Apa-apa persoalan rujuk kepada diri sendiri dahulu kerana kita yang menentukan arah hidup kita.

Mengapa Rezeki Saya Sempit?

Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa diri kita adalah punca utama mengapa rezeki sempit. Semoga kita sentiasa muhasabah diri dan bertindak untuk melakukan perubahan sedikit demi sedikit.

Mengapa Rezeki Saya Sempit?

Mesti Baca: Jaga Ibu Bapa Nyanyuk Bukan Senang. Ini Caranya.

Di antara punca-punca kepada persoalan mengapa rezeki saya sempit adalah seperti berikut:

  • Lalai atau tidak ambil berat tentang zakat dan sedekah
  • Terlalu sibuk dengan pekerjaan sehingga mengabaikan Allah
  • Melakukan perniagaan atau kerja yang haram
  • Berbuat dosa kerana jahil atau degil
  • Percaya usahanya semata-mata yang mendatangkan rezeki
  • Kedekut dengan ibubapa dan keluarga
  • Berfikiran negatif
  • Pemarah dan panas baran

Ada banyak lagi punca mengapa rezeki kita terasa berat dan sempit. Daripada semua punca-punca mengapa rezeki saya sempit di atas, lihatlah ke dalam diri masing-masing. Kita akan tahu di mana silapnya.

Rezeki boleh dicari tetapi keberkatan rezeki itu yang kadang-kadang kita lupa. Cara yang bagaimana kita mencari rezeki? dan ke mana rezeki itu dibelanjakan?

Semoga kita perbaiki diri masing-masing. Tiada yang sempurna, paling penting kita sentiasa berusaha mencari rezeki Allah yang melimpah ruah.

Harus diingat, rezeki BUKAN hanya duit semata-mata. Kita mungkin tidak kaya harta dan kebendaan tetapi keluarga yang bahagia dan saling melengkapi sudah memadai.

Leave a Reply

error: Content is protected !!