Menjelang PRU14, Lagi Parti Baru Akan Muncul
Menjelang PRU14 yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja, sebuah lagi parti baru akan ditubuhkan. Rasanya baru lagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ditubuhkan dan khabar angin bertiup kencang pula akan muncul sebuah lagi parti baru.
Khabarnya parti baru ini nanti fokus kepada memerangi rasuah dalam negara sebagai agenda utama.
Siapa yang bertanggungjawab dan idea siapa menubuhkan parti baru ini?
Rasanya semua orang kenal. Seorang bekas orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang lagi bekas orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad. Merek adalah Datuk Ezzam Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Jom kita baca saja khabar angin penubuhan satu lagi parti baru ini yang admin petik daripada Sinar Harian Online.
Berapa banyak parti daaaaaaaa………
Menjelang PRU14, Lagi Parti Baru Akan Muncul
Tunggu kenyataan rasmi saya, demikian jawapan ringkas oleh bekas Senator, Datuk Ezzam Mohd Nor berkenaan desas-desus parti baharu yang akan ditubuhkannya.
Beliau yang enggan mengulas lanjut berkaitan perkara itu memberitahu, satu kenyataan rasmi hanya akan diberikan pada Jumaat.
Mesti Baca: Lebih 4 Juta Belum Daftar Mengundi Walaupun Layak
“Saya berada di luar negara, kenyataan rasmi akan saya berikan esok (Jumaat),” katanya menerusi pesanan ringkas WhatApp sebentar tadi. Memetik laporan Free Malaysia Today, bekas anggota Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Ezzam dikatakan dalam fasa menubuhkan sebuah parti baharu.
Khairuddin berkata, parti itu ditubuhkan khusus untuk memerangi gejala rasuah yang berlaku di negara ini.

Datuk Mohd Ezam Mohd Nor
Biarpun masih di peringkat permulaan, namun parti itu mensasarkan golongan muda khususnya generasi Y bagi mengelakkan diri daripada rasuah.
“Kami sebuah parti dengan objektif tunggal memerangi rasuah,” kata bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu.
“Generasi Y (lahir 1980-an hingga awal 1990-an) pada masa ini nampaknya dipinggirkan dan diabaikan, tetapi parti yang akan ditubuhkan ini akan menjadikan Gen Y tumpuan mereka,” katanya kepada portal berkenaan.
Khairuddin berkata, parti baharu itu nanti tidak akan bersaing melawan pakatan pembangkang terbesar, Pakatan Harapan.
Sebaliknya, mereka mahu melengkapkan Pakatan Harapan dan sekutu baharu, Bersatu yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Apa sahaja kelemahan Pakatan Harapan, kami akan ambil tanggungjawab menutup kekurangan itu.
“Untuk PRU14 nanti, kami hanya minta diberi dua kerusi,” katanya.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
Dua kerusi itu adalah kerusi Parlimen Pekan, iaitu kawasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan kerusi Titiwangsa, iaitu kawasan Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Ezam menyasarkan Najib sementara Khairuddin mahu mencabar Johari.
“Jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia meluluskan parti ini, kami akan buat permohonan rasmi kepada Pakatan Harapan dan tanya bolehkah kami menjadi parti komponen.
“Kami juga memilih Pekan dan Titiwangsa kerana ahli Parlimen di situ mengetuai kementerian kewangan, yang menjadi lubuk kepada masalah kewangan negara.
Mesti Baca: PRU14: Cara Dan Semakan Daftar Pemilih
“Kami mahu baiki masalah itu, kami mahu hentikan sebarang bentuk rasuah dalam kementerian itu.”
Sehingga ini, hasrat itu masih belum dinyatakan kepada pimpinan Pakatan Harapan dan Tun Mahathir, tetapi akan berbuat demikian dalam masa terdekat.
Pada PRU15 nanti, parti ini bersedia mengambil peranan sebagai pemimpin negara masa depan.
“Ini bukan lagi mengenai kami. Kami hanya mahu membentuk mereka menjadi pemimpin berwibawa yang akan mengambil tempat kita suatu hari nanti.
“Sebab itu kami tidak terburu-buru menjadi sebuah parti yang besar. Itu cerita kemudian hari, mungkin pada PRU15,” katanya – Sumber
Kita tunggu dan lihat saja adakah ini sekadar khabar angin atau betul terjadi satu lagi penubuhan parti baru.
Admin secara peribadi tak nampak ketokohan Ezam dengan Khairuddin ni.
Lompat parti sana sini, sembang kencang sana sini.
Menjelang PRU14 ini, semua parti nampak bekerja kuat. Tuding sana sini, baik parti pemerintah atau parti pembangkang sama saja.
Apapun, susah Barisan Nasional tumbang PRU14 nanti sebabnya parti pembangkang kacau bilau, tidak bersatu dan nampak saling mencurigai.
Admin meramalkan BN kekal berkuasa selepas PRU14 nanti.