Menu

MH370: Pakar Yakin Lokasi Pencarian Salah

Berita terkini MH370. Analisis terbaru menunjukkan pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu tidak berada dalam zon pencarian di Lautan Hindi dan mungkin pesawat tersebut berada jauh ke utara.

Pesawat Malaysia Airlines, MH370 hilang daripada radar pada 08 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 kru dan penumpang.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB berkata kawasan pencarian pesawat malang itu mungkin tidak diperluaskan lagi berikutan tiada kesan pesawat itu berada di dasar laut luar pantai Australia.

Status Orang Hilang

Kawasan pencarian pesawat malang itu sebelum ini dikenal pasti bersandarkan analisis satelit terhadap unjuran pergerakan pesawat, selepas ia menukar arah daripada laluan dijadualkan, selain mengambil kira faktor dinamik pesawat dan data meterologi.

Bersandarkan data satelit menunjukkan lokasi terakhir MH370 diketahui adalah di sepanjang laluan ke arah utara ke Asia Tengah atau ke selatan di Lautan Hindi.

Teori pesawat tersebut terhempas di koridor utara ditolak pakar penerbangan kerana tiada sebarang bukti pesawat tersebut terhempas di atas tanah.

Baca Juga: Jadual Tambang MRT Fasa 1 Sungai Buloh-Semantan

Setakat ini lebih 20 serpihan pesawat ditemui kebanyakannya di pesisir pantai barat Lautan Hindi sudah disahkan atau mungkin daripada pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu.

Itulah berita terkini MH370 setakat hari ini. Rasanya majoriti rakyat Malaysia dah hampir lupa tragedi malang yang menimpa pesawat Malaysia Airlines ni.

Apapun, kita berdoa supaya akhirnya misteri kehilangan pesawat ini akan terbongkar akhirnya. Nantikan update seterusnya daripada Blog Carian Semasa untuk berita terkini MH370 akan datang.

Leave a Reply

error: Content is protected !!