Minggu Terakhir PKP. Bersedia Mental Jika Dilanjutkan Lagi?

Dalam tak sedar kita telah memasuki fasa terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijangka berakhir pada 14 April 2020 nanti. Dalam meniti minggu terakhir PKP, adakah kita sudah bersedia mental dan fizikal untuk mendengar berita PKP dilanjutkan lagi?

PKP menyeksa mental dan fizikal. Itu hakikat yang perlu diakui kerana dengan hanya duduk di rumah, tidak dapat melihat dunia luar dan melakukan rutin harian, tahap kekuatan mental seseorang sangat diuji ketika ini.

Minggu Terakhir PKP. Bersedia Mental Jika Dilanjutkan Lagi?

Aspek fizikal mungkin tidak terlalu memberi kesan kerana hanya duduk makan dan tidur sahaja. Jika memberi kesan pun mungkin berat badan naik mendadak, rambut panjang kerana kedai gunting tutup tetapi aspek mental yang menjadi persoalan.

Mesti Baca: Risau Bil Elektrik Naik Mendadak Sebab PKP?

Jika seseorang tidak tahan mental, boleh jadi sasau kerana PKP. Itu belum lagi kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seluruh negara, PKP ini pun sebenarnya sudah terlalu menyeksa jiwa betul tak?

Minggu Terakhir PKP. Bersedia Mental Jika Dilanjutkan Lagi?

Apa pandangan anda jika PKP dilanjutkan lagi? Soal nyawa rakyat kerajaan tidak boleh ambil mudah, jika usaha sekarang masih tidak membuahkan hasil yang diharapkan, bersedialah mental untuk melalui lanjutan PKP lagi.

Admin sendiripun sebenarnya sudah terasa seksa mental akibat PKP. Dah lama tak masuk kerja pejabat, tak berjumpa dengan rakan-rakan dan berbual dengan mereka malah sudah terasa rindu melakukan rutin harian yang sibuk seperti menghantar anak sekolah, taska, pengasuh dan sebagainya.

Kita berharap dan berdoa PKP segera berakhir sekurang-kurangnya sebelum Ramadan atau sebelum menjelang takbir Aidilfitri nanti.

Bayangkan tahun ini TIADA bazar Ramadan, TIADA solat Tarawih dan solat Aidilfitri berjemaah, TIDAK dapat balik kampung ibu bapa serta sanak saudara ketika hari raya. Bersediakah mental anda untuk hadap semua ini?

Semoga minggu terakhir PKP ini memberi sinar dan harapan kepada seluruh rakyat untuk menamatkan seksaan ini.

Buat masa sekarang konsisten duduk di rumah. Putuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan kita menang melawan musuh yang tak nampak ini. INGAT! kita sekarang dalam fasa terakhir PKP, jangan gagalkan usaha ini.

Leave a Reply

error: Content is protected !!